YANG MANA LEBIH BAIK, RES V ATAU VIVIX?

Selepas lebih 8 tahun Vivix berada dipasaran, Shaklee Malaysia memperkenalkan satu lagi produk terbaru mereka iaitu Res V yang dikatakan 30% lebih efektif berbanding Vivix. Betul ke Res V ini lebih berkesan berbanding Vivix atau hanya omongan kosong semata? 

Sebagaimana kita telah maklum yang keberkesanan Vivix sangat hebat dalam membantu mengatasi pelbagai masalah kesihatan rakyat Malaysia bahkan seluruh dunia. Selain dipasarkan di Malaysia, Shaklee juga memasarkan produk mereka secara global ke negara-negara lain juga seperti Jepun, Indonesia, US, Kanada, China dan Taiwan.

Apakah Kelebihan Vivix dan Res V?

Dr Forrest C Shaklee merupakan orang pertama yang mencipta vitamin di US pada 1915, formulanya dikenali sebagai Vitalized Minerals. Dr Forrest C Shaklee merupakan seorang chiropractor dan pakar nutrisi hebat di California, dan dia sangat percaya bahawa jika kita amalkan gaya hidup yang sihat, makan makanan yang organik dan berkualiti akan dapat membantu meningkatkan kesihatan badan kita ke tahap optimum.

Oleh sebab itulah, Shaklee mengisytiharkan produk mereka terbukti selamat dan berkesan untuk diamalkan. Produk-produk Shaklee dihasilkan menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan organik yang dikawal ketat tahap kualitinya dan dilakukan ujian kualiti lebih 100,000 kali setiap tahun ke atas produk-produk Shaklee termasuklah Vivix dan Res V.

Istimewanya Vivix dan Res V ini, ia mengandungi kandungan polifenol yang berkualiti tinggi. Polifenol merupakan bahan semulajadi yang boleh ditemui dalam buah-buahan, beri dan sayuran.

Kajian saintifik menunjukkan bahawa pengambilan diet yang mengandungi polifenol tumbuhan dalam jangkamasa panjang dapat membantu meningkatkan perlindungan terhadap perkembangan pelbagai masalah kesihatan.

Vivix dan Res V mengandungi gabungan polifenol yang tepat untuk membantu mengekalkan keremajaan dan kehidupan yang penuh bertenaga.

Betul ke Vivix dan Res V ini dihasilkan daripada tumbuhan organik? Apakah bahan-bahan yang terkandung di dalamnya?

Tahukah kita, makanan yang berwarna ungu mengandungi antioksidan yang dipanggil sebagai astosianin. Fungsinya adalah untuk melindunginya daripada kerosakan akibat sinaran UV, suhu sejuk dan punca tekanan yang lain?

Bahan-bahan utama yang digunakan untuk menghasilkan Vivix dan Res V adalah bahan-bahan yang berwarna ungu seperti anggur muscadine, elderberi, lobak ungu dan knotweed Jepun.

Apakah khasiat bahan-bahan ini?

Sebenarnya, sejak berzaman lagi mausia sudah menggunakan bahan-bahan ini sebagai sajian dalam diet seharian mereka dan tujuan perubatan. Contohnya seperti buah elderberi yang digunakan sejak zaman dahulu lagi untuk mengatasi masalah flu , antivirus, keradangan dan membantu meningkat sistem imun badan kita.

Anggur muscadine mengandungi ciri antioksidan yang sangat hebat dan tinggi dengan asid elagik dan ellagitannin, polifenol yang dikenali ramai.

Lobak ungu juga mengandungi polifenol seperti astosianin dan lutein dengan ciri antioksidan yang hebat.

Knotweed Jepun 6 polifenol utama yang dikenali sebagai resveratrol.

Semua empat bahan utama ini terdapat di dalam Vivix dan Res V yang menjadikannya sangat hebat dalam memberikan manfaat kepada kesihatan kita semua. Ditambah lagi, dalam Res V terdapat 5 bahan organik extra yang membantu menjadikannya lebih hebat dan lebih efektif serta lebih cepat memberikan kesan berbanding Vivix, iaitu

Anggur hitam yang kaya dengan nutrien dan sarat dengan antioksidan, polifenol dan vitamin C.

Pomas anggur dan anggur merah yang sangat tinggi dengan kandungan polifenol seperti proanthocyanidin yang menawarkan ciri antioksidan.

Delima seperti kita sedia maklum sarat dengan nutrien penting termasuk ellagitannin, asid ellagik dan flavanoid.

Chebulic Myrobalan juga dikenali sebagai “Raja Ayurveda” yang megandungi manfaat terapeutik luar biasa dan mengandungi polifenol penting seperti asid gallik dan asid ellagik.

Apakah Manfaat Polifenol?

Kajian saintifik menunjukkan bahawa amalan diet yang kaya dengan polifenol tumbuhan, bagi jangka masa panjang memberikan perlindungan terhadap risiko kanser, penyakit kardiovascular, penyakit kencing manis, osteoporosis dan neurodegeneratif.

Antara lain-lain manfaat polifenol adalah untuk membantu

💜 kulit sihat

💜 fungsi otak yang sihat

💜peredaran darah yang sihat

💜 meningkatkan tenaga dan kekuatan otot

💜 tahap gula dalam darah yang sihat

💜 menyokong detoks yang berkesan

💜 perkembangan sel yang sihat

💜 memelihara dan menyokong kesihatan sendi.

Sekarang ini, ramai diantara kita merasakan diri mereka sihat dan kurang prihatin terhadap penjagaan makanan. Apabila dah jatuh sakit, barulah panik dan mencari solusi terpantas untuk atasi masalah kesihatan mereka. 

Cara terbaik untuk sentiasa jaga kesihatan kita dan memastikannya berada ditahap yang optimum adalah dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat dan mangambil pemakanan tambahan yang selamat seperti Vivix dan Res V.

Ramai yang mengamalkan pengambilan Vivix dan Res V ni setiap hari, pagi minum Vivix untuk kekal bertenaga dan melindungi sel daripada kerosakan. Malam pula telan Res V untuk membantu badan kita rehat dan membaiki sel-sel yang rosak.

Pengambilan Vivix dan Res V secara konsisten adalah yang terbaik untuk membantu meningkatkan tahap kesihatan kita secara optimum. In Shaa Allah dengan ikhtiar cara ini kita dapat membantu diri kita, badan kita jadi lebih sihat.

Sekiranya anda memerlukan info yang lebih lanjut atau anda ingin mendapatkan Vivix dan Res v ini anda boleh terus hubungi saya di talian berikut. Sila klik pada link berkenaan.

No. Telefon : 013-9189500

Facebook : Idayu Irdina


You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.