9 Tanda Sakit Buah Pinggang Dan Puncanya

Setiap tahun sebanyak 6,000 kes baharu didaftar untuk masalah sakit buah pinggang. Kos perubatan bagi seorang pesakit buah pinggang boleh mencecah sehingga RM40,000 setahun. Ketahui punca utama masalah buah pinggang rakyat Malaysia dan cara mengatasinya.

Masalah ini saban tahun terus meningkat, seramai 40,000 orang rakyat kita menghidap masalah buah pinggang tahap lima dan memerlukan rawatan dialisis. Kerajaan Malaysia telah memperuntukan tidak kurang RM1.6 bilion untuk menampung kos rawatan pesakit buah pinggang tahap lima di negara kita.

 

 

Buah pinggang merupakan salah satu organ terpenting dalam badan kita. Ia berfungsi membantu membantu mengawal tekanan darah, menyingkirkan toksin dari badan, mengawal paras garam galian dalam darah, mengawal proses penghasilan sel darah merah, mengawal kesihatan dan ketumpatan tulang.

Tanda-tanda anda mengalami masalah buah pinggang

Sebelum kita ketahui punca-punca yang menyebabkan masalah buah pinggang, marilah kita sama-sama periksa tanda-tanda badan kita sedang mengalami masalah buah pinggang atau tidak.

1- Lebih kerap membuang air kecil daripada kebiasaan.

2- Kerap membuang air kecil di tengah malam.

3- Air kencing keluar bersama darah.

4- Mengalami rasa sakit belakang.

5- Mengalami rasa tidak selesa atau rasa terbakar semasa membuang air kecil.

6- Mata menjadi sembab dan berlarutan terutamanya pada sebelah pagi.

7- Mengalami bengkak pada pergelangan kaki.

Sekiranya anda mengalami tanda-tanda di atas, segeralah membuat pemeriksaan kesihatan. Dikhuatiri mungkin anda sedang mengalami masalah buah pinggang.

 

 

Buah pinggang kita masih boleh berfungsi walaupun hanya tinggal 20% daripada kemampuan asalnya. Ramai yang mengabaikan tanda-tanda di atas dengan alasan itu merupakan masalah biasa. Namun, harus kita ketahui bahawa masalah buah pinggang merupakan pembunuh senyap dikalangan rakyat Malaysia.

 

Punca-punca masalah buah pinggang

Tabiat tidak sihat orang kita sekarang ini semakin menjadi-jadi. Di sini saya senaraikan 9 tabiat yang selalu dilakukan yang boleh menjadi punca kepada masalah buah pinggang.

1- Pengambilan air tidak mencukupi

Setiap hari kita perlu minum sekurangnya 2-3liter air masak. Ini penting untuk membantu buah pinggang dapat berfungsi dengan baik. Sekiranya kita gagal minum air secukupnya setiap hari, toksin dan bahan buangan lain menimbun di dalam buah pinggang dan tidak dapat ditapis dengan baik. Ini akan menyebabkan buah pinggang dan juga organ dalaman lain rosak.

 

2- Selalu menahan buang air kecil

Tabiat suka menahan kencing ini akan meningkatkan tekanan urin dan menyebabkan masalah buah pinggang serta batu karang.

 

3- Makanan tinggi garam

Memang sedap kalau makanan itu cukup rasanya. Namun, dalam kita tidak sedar kita telah mengambil kandungan garam yang berlebihan dalam diet seharian kita. Ini akan membebankan buah pinggang untuk memprosesnya dan boleh menyebabkan masalah darah tinggi. PASTIKAN DIET HARIAN KITA MENGANDUNGI HANYA 5GRAM GARAM SEHARI.

 

4- Tidak cukup tidur / suka tidur lewat

Biasanya golongan remaja dan juga dewasa yang gila kerja. Kegilaan tidur lewat atau tidur terganggu yang kronik boleh menyebabkan insomnia. Untuk mengelakkan rasa mengantuk, ramai yang mengambil minuman berkafein untuk bersengkang mata di waktu malam.

Seharusnya kita tahu bahawa tubuh kita memerlukan rehat yang secukupnya iaitu 6-8jam sehari. Sewaktu tidur, badan kita akan bekerja untuk membaiki sel-sel buah pinggang yang rosak. Jadi, kita seharusnya memberikan masa yang cukup untuk badan kita melakukan tugasnya. Pastikan kita tidur lena dan mencukupi untuk kesihatan buah pinggang.

 

5- Makanan/minuman tinggi gula

Pengambilan gula berlebihan boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan. Kajian ada menunjukkan bahawa seseorang yang mengambil 2 atau lebih air manis setiap hari akan lebih berisiko untuk mengalami masalah protein di dalam air kencing.

Masalah protein dalam air kencing merupakan tanda bahawa buah pinggang kita gagal berfungsi seperti sepatutnya.

 

6- Mengalami masalah kulit

Salah satu fungsi utama buah pinggang adalah untuk menapis mineral dalam tubuh kita. Sekaligus berfungsi untuk menyeimbangi paras kalsium dan fosforus dalam darah kita.

Kekurangan kalsium dalam darah boleh menyebabkan hormon paratiroid berlebihan dirembes keluar, ia berfungsi sebagai mekanisme yang menyerap kalsium daripada tulang untuk disalurkan ke dalam darah.

Hal ini boleh menyebabkan anda akan mengalami masalah kulit kering dan gatal. Kesan yang sama juga berlaku sekiranya fosforus tidak mencukupi dalam darah. Selain itu, bahan buangan lain dan toksin yang terkumpul di dalam salur darah juga boleh menyebabkan anda mengalami masalah kulit kering dan gatal.

 

7- Kencing berbuih

Masalah kencing berbuih ini sering dikaitakan dengan masalah sistem penapisan buah pinggang bocor atau rosak (nephrotic syndrome). Kebocoran protein albumin ke dalam air kencing meningkatkan kepekatan air kencing dan berbuih, ini memberi maksud bahawa buah pinggang anda tidak dapat melakukan penapisan dengan baik atau telah rosak.

 

8- Masalah mulut berbau

Pengumpulan toksin yang berlebihan di dalam badan boleh menyebabkan masalah mulut berbau busuk seakan ammonia. Selain itu, ia juga memberi kesan kepada deria rasa. Anda merasakan rasa makanan itu tidak enak dan sekaligus akan menyebabkan anda hilang selera makan.

Lebih kritikal lagi, anda akan merasa loya dan kerap rasa hendak muntah disebabkan rasa perut tidak selesa.

 

9- Mengalami kekejangan otot

Kekejangan otot menyerang secara berkala dalam masa beberapa saat atau minit. Ini adalah keadaan biasa bagi pesakit buah pinggang. Kejang otot sering berlaku dibahagian kaki belakang betis.

Masalah ini mungkin berlaku sebab ketidakseimbangan cecair/elektrolit dalam badan, kerosakan saraf atau masalah peredaran darah. Kesemuany melibatkan fungsi buah pinggang.

 

 

Jom kita ikut kisah-kisah pesakit buah pinggang dan berjaya pulih kembali.

 

 

Macam mana Vivix Shaklee dapat membantu mengatasi masalah buah pinggang.

Vivix bukan ubat, ia adalah sejenis suplemen yang mengandungi bahan-bahan hebat. Polifenol yang terkandung di dalamnya mampu membantu melawan penyakit kronik. Disamping ia dapat membantu membaiki dan melindungi sel-sel sehingga ke peringkat DNA.

Formulasi Vivix membantu pembentukan baru mitochondria untuk menaikkan paras tenaga di dalam sel. Mirochondria berfungsi sebagai penjana tenaga dalam sel untuk memastikan seluruh tubuh termasuklah organ dalaman kita mendapat tenaga untuk bekerja. Sekiranya kecekapan mitochondria menurun, maka kecekapan fungsi organ turun menurun.

Vivix menjadi satu ikhtiar bagi pesakit buah pinggang walaupun sedang menjalani dialisis. Vivix merupakan 100% minuman botani yang dapat membantu mengembalikan kesihatan buah pinggang. Vivix tidak mengandungi bahan kimia dan tidak memberikan kesan sampingan yang buruk kepada pesakit.

Anda juga boleh dapat khidmat nasihat doktor sebelum mengamalkan Vivix.

 

Untuk menempah dan konsultansi berkaitan produk, anda boleh membeli dan menghubungi saya dengan beberapa cara di bawah ini.

FB : IdAyu Irdina
FB Page : Idayu Irdina
IG : @idayu_irdina
No.HP : +6013-9189500

Beli secara online di sini

Daftar keahlian secara online dan dapatkan percuma yuran keahlian serta pengeposan dengan pembelian 2 botol Vivix.

Daftar keahlian secara online di sini

Beli 2 botol Vivix secara online di sini

Continue Reading