Berjaya Ikhtiar Hamil Dengan Cara Mudah

Alhamdulillah…Allah makbulkan doa kita untuk punyai zuriat. Gembira hati suami isteri apabila keputusan ujian urin menunjukkan dua garisan. Jom ikuti pengalaman mereka yang berjaya ikhtiar hamil dengan cara mudah.

 

 

Saya sendiri mempunyai pengalaman sukar untuk mendapatkan zuriat setelah kelahiran pertama. Hampir 2tahun kami berusaha untuk dapatkan zuriat yang kedua. Alhamdulillah, dengan bantuan set kesuburan Shaklee, akhirnya kini saya sedang mengandungkan anak kedua kami dan telah memasuki trimester kedua.

 

Sebelum ini, saya pernah mencuba kaedah tradisional seperti mengurut untuk “naikkan” rahim dan beberapa kaedah lain. Namun, setelah beberapa kali gagal untuk hamil kami sepakat untuk mencuba set kesuburan suami isteri Shaklee. Alhamdulillah, syukur. Asbab kami tidak berputus asa dan sentiasa mencari jalan untuk saya hamil lagi, kami berikhtiar dengan produk shaklee dan ianya membuahkan hasil.

 

SET KESUBURAN SUAMI ISTERI

============================

Vivix – membantu menyihatkan seluruh tubuh badan kita termasuklah kesihatan ovum dan sperma. Ia membantu meningkatkan tahap kesuburan ovum dan sperma untuk membolehkan mereka bercantum. Selain membantu memulihkan kesihatan dalaman wanita untuk membantu kesuburan dan menstabilkan hormon serta kitaran haid.

 

Vita Lea – mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral yang membantu melengkapkan keperluan nutrisi badan kita. Disamping dapat membantu memberikan tenaga dan meningkatkan kesuburan sperma lelaki serta meningkatkan kemampuan seks lelaki.

 

Vitamin E – mengandungi selenium dan ekstrak biji anggur di dalamnya. Ia membantu melancarkan saluran darah dan meningkatkan kelelakian serta menyuburkan organ reproduksi lelaki dan wanita.

GLA Complex – membantu menstabilkan hormon dan kitaran haid wanita. Selain membantu menyediakan satu keadaan yang memudahkan pelekatan sperma dan ovum.

 

Alfafa Complex – membantu mengatasi masalah dalaman wanita seperti keputihan, kitaran haid tidak stabil, PMS, masalah sakit ketika bersama suami, dan membersihkan vagina. Selain dapat membantu mengetatkan, ia berfungsi seakan kacip fatimah.

 

B complex – mengandungi asid folik dengan kadar yang disyorkan oleh doktor untuk ibu hamil dan mereka yang ingin hamil. Mengandungi vitamin B6 yang membantu pemuliharaan selaput lendir yang sihat. Bertindak sebagai anti stress dan membantu memelihara sistem saraf.

 

ESP – mengandungi protein soya nonGMO yang terbaik pernah dihasilkan. Ia membantu memperbaiki sel-sel dan tisu yang rosak akibat senggugut. Selain membantu menstabilkan kitaran haid.

 

TESTIMONI PELANGGAN SET KESUBURAN SHAKLEE YANG BERJAYA HAMIL

 

 

 

 

 

Untuk menempah dan konsultansi berkaitan produk, anda boleh membeli dan menghubungi saya dengan beberapa cara di bawah ini.

FB : IdAyu Irdina
FB Page : Idayu Irdina
IG : @idayu_irdina
No.HP : +6013-9189500

Beli secara online di sini

Continue Reading

Cara Menjaga Luka Bersalin Ceaser Agar Cepat Sembuh

Saat paling menggembirakan hati pasangan suami isteri adalah apabila si isteri disahkan hamil. Tidak kiralah kali ke berapa pun, yang penting rasa teruja tak sabar menanti kehadiran orang baru dalam keluarga. Namun, harus diambil peduli tentang penjagaan luka selepas ceaser agar tidak terbuka dan cepat sembuh.

Sebelum itu kita ketahui dahulu beberapa perkara yang mungkin menyebabkan luka jahitan pembedahan terbuka kembali, antaranya :

1- Jangkitan kuman

Risiko jangkitan kuman ini hanyalah 1%, dan kuman itu biasanya berasal daripada kulit kita sendiri. Jangkitan kuman ni akan menyebabkan kawasan luka lambat sembuh, bernanah atau terbuka.

 

2- Masalah obesiti

Ibu yang mengalami masalah obesiti mempunyai lapisan lemak tebal di perut dan berlapis. Ini menyukarkan kerja pembersihan di sekitar tempat luka sukar dilakukan. Luka yang tidak dilap sehingga kering akan berisiko mengalami jangkitan kuman.

 

3- Anemia

Ibu yang mengalami masalah anemia akan menyebabkan darah kekurangan oksigen untuk dibekalkan kepada tisu-tisu yang aktif dalam proses penyembuhan.

 

4- Pergerakan yang tidak dikawal

Contohnya seperti menyidai pakaian, meneran kuat ketika sembelit dan batuk. Elakkan pergerakkan di bahagian andomen. Rehat secukupnya dan amalkan pemakanan yang sihat.

 

5- Pemakanan dan kurang minum air

Menu makanan berpantang yang terlalu ketat seperti tiada menu sayur dan buah boleh mengakibatkan ibu berpantang mengalami sembelit. Tambahan pula, selepas bersalin badan kita akan dehidrasi dan kita perlu minum banyak air untuk pulihkannya kembali.

 

 

Jadi, bagi ibu bapa yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi, anda harus tahu akan 5 perkara ini. 5 cara menjaga luka bersalin ceaser agar cepat sembuh.

1- Menjaga kebersihan

Hati-hati ketikaka mandikan ibu bersalin ceaser, elakkan kawasan luka itu daripada terkena air. Sekiranya luka ceaser itu basah, lap sehingga kering dan anginkan kepada udara. Atau boleh juga gunakan pengering rambut untuk memastikan luka itu betul-betul kering.

 

2- Bergerak lebih awal

Menurut kajian, pergerakan mampu mempercepatkan penyembuhan luka pembedahan.Namun, haruslah dibantu oleh ahli keluarga semasa ingin melakukan pergerakan itu. Contohnya, berjalan sendiri ke tandas, berjalan perlahan dalam kawasan bilik.

 

3- Minum air secukupnya

Badan kita akan terhidrat selepas bersalin menyebabkan badan mengalami masalah kekurangan air. Air merupakan agen pembuangan toksin dan juga memudahkan proses perkumuhan dilakukan oleh badan. Jika badan kekurangan air, kita akan jadi sembelit dan memberikan tekanan kepada bahagian abdomen. Seterusnya menyebabkan kita rasa sakit dibahagian luka pembedahan.

 

4- Menyusukan anak secara eksklusif

Menyusu badan secara eksklusif sudah terbukti dapat menyembuhkan luka dengan cepat. Ini kerana, hormon oxytocin dikeluarkan oleh badan setiap kali ibu menyusukan anaknya. Hormon ini membantu mengecutkan rahim dan mengelakkan berlakunya tumpah darah.

 

5- Mengambil suplemen yang selamat, semujadi dan sihat

Tidak dinafikan, lambakan suplemen murah banyak dijual di toko-toko jamu. Namun, kita seharusnya bijak memilih sebab kita yang akan memasukkannya ke dalam badan kita. Semestinya kita tidak mahu buah pinggang kita rosak disebabkan amalkan suplemen yang salah.

 

Shaklee mempunyai rangkaian suplemen yang telah diuji oleh saintis secara klinikal. Selain itu, produOk Shaklee juga telah mendapat kelulusan KKM dan status halal JAKIM. Antara suplemen Shaklee yang dapat membantu mempercepatkan penyembuhan luka ceaser dengan cepat adalah Set Berpantang Shaklee.

 

Vivix – kandungan polifenol di dalamnya membantu membaiki sel-sel yang rosak akibat pembedahan. Anti oksidan yang tinggi di dalamnya membantu meningkatkan sistem imun badan ibu berpantang. Selain, membantu memberikan tenaga segera dan mencantikkan kulit ibu berpantang.

Vitamin C – membantu membaikpulih sel tisu yang rosak selepas bersalin dan meransang pembentukan kolagen untuk mencantikkan kulit. Membantu meningkatkan sistem imun badan untuk elakkan daripada demam atau selsema.

Alfafa Complex – berfungsi seakan kacip fatimah, membantu mengecutkan rahim dan membaiki sistem dalaman wanita. Bertindak sebagai agen detoks untuk usus, hati dan darah. Serta membantu memperbanyakkan susu badan.

Lecithin – sangat membantu dikala ibu menyusu mengalami bengkak susu. Ia membantu menukarkan lemak kepada titisan kecil seterusnya mengurangkan masalah bengkak susu yang boleh menyebabkan si ibu mengalami demam.

Vita Lea – multivitamin yang mengandungi zat besi untuk membantu mencegah anemia dan tekanan darah rendah. Selain dapat membantu membekalkan tenaga kepada ibu berpantang supaya tidak kelesuan.

B complex – lengkap mengandungi semua jenis vitamin B, ia membantu meredakan stress, menstabilkan hormon dan membekalkan tenaga sepanjang tempoh berpantang.

Energizing Soy Protein – membantu memekatkan susu badan ibu, membekalkan tenaga, memberikan rasa kenyang lebih lama dan mempercepatkan penyembuhan luka. Protein yang dibekalkan sangat membantu mencantumkan semula luka jahitan.

Ostematrix – selain membekalkan kalsium untuk ibu dan bayi melalui penyusuan, ia juga membantu mengelakkan masalah kejang dan kebas anggota badan sepanjang berpantang.

 

Jaga baik-baik luka pembedahan sebelum ia terbuka dan menyebabkan kita tak boleh tidur malam. Sakit yang terpaksa ditanggung boleh menyebabkan ibu berpantang kemurungan dan susu badan berkurang.

 

Untuk menempah dan konsultansi berkaitan produk, anda boleh membeli dan menghubungi saya dengan beberapa cara di bawah ini.

FB : IdAyu Irdina
FB Page : Idayu Irdin
IG : @idayu_irdina
No.HP : +6013-9189500

Beli secara online di sini

Continue Reading

Set Kehamilan Shaklee

B complex
=========
Ia mengandungi 8 jenis vitamin B lengkap untuk fungsi tubuh, B1(tiamin), B2(riboflavin), B3(niasin), B5(pantotenat), B6(pyridoxine), B7(biotin), B9(asam folat) dan B12(cobalamins). Antara kelebihan B complex Shaklee adalah:

1- Membantu menukarkan makanan menjadi tenaga, untuk mengurangkan masalah keletihan.

2- Membantu mengatasi masalah rambut beruban dan gugur. Membantu mengekalkan kesihatan rambut.

3- Mengandungi biotin dan asid folik yang penting untuk metabolisme badan dan pembentukan sel darah merah.

4- Membantu mencegah anemia dan menggalakkan perkembangan sel yang sihat.

5- Membantu mengurangkan risiko kecacatan bayi di dalam kandungan.

6- Membantu menenangkan fikiran dan mengelakkan stress.

7- Membantu mengimbangi paras kolesterol dalam badan.

 

Vita Lea
=======
Merupakan multivitamin yang diformulasikan lebih 100 tahun yang lalu. Mengandungi 30 jenis nutrisi, 12 jenis vitamin dan 7 jenis mineral yang membantu mengisi lompong nutrisi yang tidak dapat diisi melalui pemakanan seharian kita. Antara kelebihan Vita Lea yang lain adalah:

1- Kaya dengan iron (zat besi) yang sememangnya amat diperlukan oleh ibu hamil. Ibu hamil yang selalu rasa nak pitam atau anemia memang bagus mengamalkan pengambilan Vita Lea untuk mengelakkan diri daripada pengsan.

2- Membantu memberikan tenaga, kekuatan tubuh dan meningkatkan daya ingatan serta daya fokus.

3- Membantu menyediakan nutrisi asas bagi kesihatan sel, otot, kulit, rambut dan kuku.

4- Membantu melindungi fungsi hati, jantung dan buah pinggang.

5- Membantu menstabilkan sistem metabolisne badan dan melambatkan penuaan.

6- Mengandungi klsium dan fosforus yang membantu kepadatan tulang, mengelakkan osteoporosis.

7- Yodium yang terkandung di dalamnya dapat membantu pertumbuhan janin dalam kandungan dan mengawal berat badan.

 

Vitamin C
=========
Fungsi vitamin C Shaklee sangat diperlukan oleh ibu hamil dan janin dalam kandungan. Ia diperlukan untuk membantu menghasilkan kolagen dan struktur protien.

Para saintis bimbang kekurangan vitamin C boleh mengakibatkan kecacatan mental kepada janin. Antara manfaat Vitamin C yang lain adalah:

1- Sebagai antioksidan yang membantu meneutralkan radikal bebas dan menguatkan sistem imun ibu dan bayi dalam kandungan.

2- Membantu membentuk plasenta yang sihat.

3- Vitamin C membantu penyerapan zat besi dengan lebih baik untuk mengelakkan ibu hamil mengalami anemia.

4- Membantu pertumbuhan baik gigi, gusi dan tulang serta sistem badan yang lain.

5- Vitamin C Shaklee mengadungi teknologi ‘sustained release’ yang bermaksud, vitamin C dilepaskan pada kadar 100mg setiap jam mengikut sukatan yang diperlukan oleh badan kita.

6- Ia diperbuat daripada ekstrak jagung yang ditanam secara organik dan tidak memeritkan perut sensitif.

7- 1 biji vitamin C Shaklee mengandungi khasiat yang menyamai 7 biji oren beserta kulitnya.

 

Energizing Soy Protein (ESP)
==========================
1 tin ESP(850g) memgandungi 30kg kacang soya yang ditanam secara organik dan non .
GMO. Mengandungi 9 jenis asid amino dan mutivitamin serta mineral yang lengkap untuk fungsi tubuh.

Badan kita memerlukan asid amino, namun, badan kita tidak memghasilkanya. Jadi, kita perlu mengambilnya melalui pemakanan kita. Antara lain kelebihan ESP adalah:

1- Dilengkapi dengan unsur kalsium untuk mengelakkan kerapuhan tulang dikalangan ibu hamil.

2- Membantu mencantikkan, menganjal dan kulit nampak lebih berseri.

3- Membantu menghilangkan parut jerawat dan selulit.

4- Membantu membekalkan tenaga dengan segera dan memberikan rasa kenyang lebih lama.

5- Membantu mempercepatkan pemulihan luka selepas bersalin dengan pembentukan sel-sel baru yang lebih cepat.

6- Membantu merendahkan paras kolesterol.

7- Membantu meningkatkan kesihatan jantung.

 

Ostematrix
==========
Ia mengandungi 1000mg kalsium, 4000mg magnesium, 400IU vitamin D, boron, mangan, tembaga dan zink. Setiap satunya mempunyai fungsi tersendiri untuk kesihatan tulang kita.

Selain daripada membantu mengelakkan osteoporis dan pembentukan tulang dam gigi. Ia juga mempunyai manfaat yang lain, antaranya:

1- Membantu mengurangkan stress.

2- Membantu melegakan rasa sakit ketika haid atau diawal kehamilan.

3- Membantu mengelakkan kekejangan otot dikalangan ibu hamil.

4- Membantu mengelakkan tumit kaki pecah.

5- Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

6- Membantu melembutkan najis sekaligus melancarkan proses pembuangan.

7- Membantu mengurangkan risiko praeklempsia.

 

Omega Guard
=============
Omega Guard diperbuat daripada minyak ikan tulen yang mengandungi asid lemak omega-3 yang lebih pekat berbanding produk minyak ikan yang lain. Berbentuk softgel dan mudah untuk ditelan serta kurang berbau hanyir. Antara kebaikan Omega Guard adalah:

1- Mengandungi EPA yang berfungsi untuk membantu menyokong fungsi jantung, sistem imun badan dan tindak balas keradangan.

2- DHA yang terkandung di dalamnya berfungsi untuk membantu menyokong fungsi otak, mata dab sistem saraf pusat.

3- EPA dan DHA sangat penting untuk perkembangan kesihatan dan otak ibu dan bayi dalam kandungan. Ini kerana ia tidak dapat dihasilkan sendiri oleh badan. Ia hanya boleh didapati melalui pemakanan. Omega Guard membantu memberikan nutrisi yng secukup yang diperlukan oleh badan kita.

4- Membantu mengurangkan risiko alergi dikalangan bayi.

5- Membantu mencegah kelahiran pramatang dan memgurangkan risiko pre-eklampsia.

6- Membantu mengurangkan risiko ibu kemurungan selepas bersalin.

7- Membantu meningkatkan tahap penglihatan dan kognitif bayi.

 

 

Untuk menempah dan konsultansi berkaitan produk, anda boleh membeli dan menghubungi saya dengan beberapa cara di bawah ini.

FB : IdAyu Irdina
FB Page : Idayu Irdina
IG : @idayu_irdina
No.HP : +6013-9189500

Beli secara online di sini

Lokasi COD
==========
Jeli – Rantau Panjang – Tanah Merah – Machang – Pasir Mas – Salor – Pasir Pekan – Pasir Hor – Wakaf Bharu – Kubang Kerian – Kota Bharu – Pengkalan Chepa – Ketereh dan kawasan berdekatan.

USM – Batu Uban – Bayan Baru – Bayan Lepas – Queensbay Mall – Bukit Jelutong – Sg. Dua – Sg. Ara – Relau – Teluk Kumbar – Balik Pulau – Jelutong – Georgetown – Perak Road – Burma Road – Tanjong Bungah – Tanjong Tokong – Batu Feringhi dan kawasan berdekatan.

 

 

 

 

Continue Reading

Cara buat skrub muka dan masker di rumah

Malasnya la hai nak ke spa buat facial. Mahal harga mereka setandinglah dengan kualiti servisnya kan. Kebetulan kat rumah ni ada tomato, gula putih dan ais kiub. Ok la ni daripada tak ada kan. Jom lah kita sental muka jap.

 

 

Memula, kita wap kan dahulu muka kita ni bertujuan untuk membuka pori-pori muka. Kalau tak nak wapkan pun tak mengapa. Selepas itu, kita belah dua tomato dan cicah ke dalam gula putih, gosok lah ke muka secara membulat. Selepas itu, kita cuci muka dengan air yang mengandungi ais untuk tutup balik liang pori yang telah terbuka tadi.

 

 

Apa kebaikan skrub dengan tomato dan gula???

1- Skrub tomato dan gula ni dapat membantu menanggalkan sel-sel kulit mati di muka kita yang membuatkan muka nampak kusam dan tak cantik.

2- Skrub ini membantu kulit muka rasa rileks dan sejuk. Bagus untuk tegangkan kembali kulit muka kita.

3- Kandungan lycopene yang kaya di dalam tomato membantu memperbaiki kulit, melindungi kulit daripada pancaran matahari dan mencerahkan kulit.

 

Aishhh…tetiba rasa gatal tangan pulak la nak pakai masker. Barang lain tak ada, tapiiii… serbuk ESP dan serbuk peninggalan SR vit c ni ada lagi. Kira aci la kan buat masker. Campur plain yogurt sikit dalam peti ais tu. Lepas tu, gaul sebati semua sebelum sapu ke seluruh muka.

 

 

Bangun tidur pagi esok baru cuci muka dengan Nutriwhite deep foaming cleanser. Lembuuuuuttttt je rasa kulit ni….ok lah…sekian sahaja entri ringkas kali ni…

 

Untuk menempah dan konsultansi berkaitan produk, anda boleh membeli dan menghubungi saya dengan beberapa cara di bawah ini.

FB : IdAyu Irdina
FB Page : Idayu Irdina
IG : @idayu_irdina
No.HP : +6013-9189500

Beli secara online di sini

Beli secara online di sini

atau beli kombo ESP dan SR Vit C di sini

Continue Reading