Kenali Simptom Ovarian Cyst dan Ketahui Cara Merawatnya

Kebanyakan wanita yang mempunyai ovari akan mengalami cyst sekali dalam seumur hidup, terutamanya diusia subur. Cyst bukanlah penyakit, ia sebenarnya telah wujud secara alami pada ovari setiap wanita. Terdapat pelbagai jenis ovarian cyst, ada yang tidak merbahaya dan juga ada yang boleh menyebabkan kanser. Apa yang penting adalah, kita perlu tahu cara merawat ovarian cyst sebelum pecah dan mengakibatkan terjadinya kanser ovari.

 

Ovari merupakan sebahagian daripada sistem pembiakan wanita. Ianya terletak dibahagian bawah abdomen, dikedua-dua belah rahim kiri dan kanan. Berfungsi sebagai kilang telur (ovum) bagi wanita dan juga menghasilkan hormon estrogen dan progestron.

 

 

Pada setiap kali kitaran haid bagi wanita normal, kantung yang terdapat pada ovari akan terisi dengan bendalir. Ia dinamakan follikel cyst, follikel cyst ini akan kembali mengecut dan hilang setelah ovum dikeluarkan daripada ovari. Keadaan ini tidak akan membahayakan wanita. Namun, terdapat juga kantung yang terus membesar melebihi 2cm selepas kitaran haid. Jika ini terjadi, ia dinamakan ovarian cyst.

 

Hampir 95% ovarian cyst adalah benign (tidak merbahaya). Namun, kadang kala ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada wanita seperti mereka akan mengalami sakit dibahagian bawah abdomen, sakit kepala, kembung perut, masalah kesuburan dan sakit pada bahagian payudara.

 

2 JENIS OVARIAN CYST

Terdapat beberapa jenis ovarian cyst, namun ia dibahagikan kepada 2 kategori iaitu ‘Follicle cyst’ dan ‘Corpus Leteum cysts’.

 

Follicle cyst
==========
Ketika kitaran haid wanita, sebutir telur (ovum) hadir di dalam kantung yang dikenalik sebagai ‘follicle’. Ianya terletak di dalam ovari. Kebiasaannya, kantung ini akan pecah dan melepaskan telur. Namun, sekiranya kantung ini tidak pecah dan cecair di dalamnya boleh mengakibatkan terbentuknya cyst.

 

follicle cyst

 

Corpus Leteum cyst
=================
Pada asasnya, kantung follicle akan larut selepas melepaskan telur. Tetapi, seandainya kantung itu tidak larut dan pintu kantung terbuka. Keadaan ini dapat membenarkan cecair tambahan akan masuk ke kantung. Pengumpulan cecair ini akan mengakibatkan ‘Corpus Leteum cysts’.

 

 

Corpus Leteum cysts terbahagi kepada 3 kategori iaitu:

1- Dermoid cyst
Satu keadaan kantungnya membesar di ovari dan di dalamnya terdapat rambut, lemak dan tisu-tisu lain.

2- Cystadenomas
Sejenis ketumbuhan yang membesar di luar ovari dan ianya bukan kanser.

3- Endometriomas
Ia merupakan tisu yang pada keadaan normalnya tumbuh di dalam uterus, namun ia boleh berkembang di luar uterus dan melekat pada ovari. Keadaan ini boleh mengakibatkan cyst.

 

 

Selain itu, sesetengah wanita menghidapi polycystic ovary syndrome. Keadaan ini berlaku apabila terdapat banyak cyst yang bersaiz kecil pada ovari. Ini akan menyebabkan ovari semakin membesar dan boleh mendatangkan masalah ketidaksuburan.

 

 

SIMPTOM TERDAPATNYA CYST PADA OVARI

Kebiasaanya kehadiran cyst tidak memunjukkan apa-apa simptom yang jelas. Namun, terdapat juga beberapa jenis simpton yang boleh dikenalpasti sekiranya cyst sedang membesar di dalam ovari kita:

– kembung perut atau bengkak
– pergerakan usus yang menyakitkan
– senggugut teruk ketika datang haid
– hubungan intim yang menyakitkan
– sakit di bahagian belakang badan dan peha
– payudara menjadi lembut
– pening atau muntah.

 

gejala ovarian cyst

 

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa simptom ovarian cyst yang memerlukan perhatian rawatan segera, contohnya:

– rasa sakit pelvik yang teruk atau tajam
– demam
– pengsan atau pening
– pernafasan yang laju

 

 

SEJAUH MANA KOMPLIKASI OVARIAN CYST INI????

Kebanyakan kes ovarian cyst adalah tidak membahayakan dan ia akan hilang dengan sendirinya tanpa memerlukan apa-apa rawatan. Tetapi, terdapat jugak sesetengah kes yang jarang berlaku, doktor akan mengesan terdapat cyst ovari yang boleh menjadi kanser semasa pemeriksaan rutin.

 

ovarian torsion

 

Dalam keadaan lain pula, terdapat jugak ovarian torsion yang sangat jarang berlaku. Hal ini berlaku apabila cyst yang besar menyebabkan ovari tidak berada di kedudukan asal. Bekalan darah ke ovari dipotong dan jika tidak dirawat segera, ia akan mengakibatkan kerosakan pada tisu ovari dan mungkin juga tisu ovari akan mati. Ovarian torsion menyumbang hampir 3 peratus pembedahan gynecologic kecemasan.

 

 

Ruptured cyst atau cyst yang rosak, kes ini juga jarang berlaku. Namun, ia boleh menyebabkan rasa sakit yang menyengat dan pendarahan dalaman. Komplikasi ini bolrh meningkatkan risiko jangkitan dan juga membahayakan nyawa jika tidak dirawat dengan segera.

 

BAGAIMANA CARA MENDIAGNOSIS OVARIAN CYST????

Normalnya, doktor akan mengesan kehadiran ovarian cyst semasa pemeriksaan pada bahagian pelvik. Mereka mungkin akan dapat mengesan pembengkakan pada salah satu ovari, seterusnya mereka akan menjalankan pemeriksaan ultrasound bagi memastikan kewujudan cyst tersebut.

 

Pemeriksaan ultrasound membantu untuk mengetahui saiz, lokasi, bentuk dan komposisi (solid atau cecair) cyst tersebut.

 

Antara alat pengimejan lain yang digunakan untuk mendiagnos ovarian cyst adalah:

1- CT scan
2- MRI
3- Peralatan ultrasound

 

Oleh sebab kebanyakan cyst akan hilang sendiri dalam masa beberapa minggu, doktor biasanya tidak akan terus mencadangkan rawatan yang sesuai. Tetapi, mereka akan memeriksa keadaan pesakit menggunakan peralatan ultrasound selama beberapa minggu atau bulan.

 

Namun, sekiranya cyst anda tidak menunjukkan sebarang perubahan ataupun semakin membesar setelah dilakukan beberapa kali pemeriksaan. Doktor akan melakukan pemeriksaan lanjutan bagi mengenalpasti penyebab bagi simptom-simptom ini.

 

Termasuklah :

1- Pemeriksaan kehamilan
Untuk memastikan anda tidak hamil

2- Pemeriksaan tahap hormon
Memeriksa penyebab berkaitan hormon seperti terlebih hormon estrogen atau progesteron

3- CA 125 ujian darah
Bertujuan memeriksa kewujudan ovarian cyst

 

APAKAH RAWATAN UNTUK OVARIAN CYST???

Doktor akan mencadangkan beberapa jenis rawatan untuk mengecutkan atau membuang cyst anda sekiranya ia tidak hilang atau saiznya kian membesar.

 

Pil Perancang
============
Sekiranya anda mengalami ovarian cyst yang berulang, doktor boleh menetapkan pengambilan pil kontraseptif bagi menghentikan ovulasi dan mengelakkan tumbuhnya cyst baru. Kontraseptif oral juga boleh membantu mengurangkan risiko kanser ovari, yang risikonya lebih tinggi bagi wanita yang telah menopous.

 

 

Laparoscopy
===========
Sekiranya cyst anda kecil dan bukan kanser selepas didiagnos, doktor akan mencadangkan pembedahan laparoscopy kepada anda. Pembedahan ini dilakukan dengan membuat seakan tingkap kecil berhampiran pusat anda, kemudia dimasukkan sejenis alat kecil bagi membuang cyst anda.

 

 

Laparotomy
==========
Sekiranya cyst anda besar, doktor akan melakukan pembedahan besar dibahagian abdomen untuk mengeluarkan cyst. Mereka juga akan menjalankan biopsi segera, sekiranya cyst anda jenis boleh menyebabkan kanser, mereka mungkin akan melalukan histerektomi untuk menghilangkan ovari dan uterus.

 

 

 

ADA KE LANGKAH PENCEGAHAN OVARIAN CYST???

Setakat ini, ovarian cyst tidak boleh dicegah. Walaubagaimanapun, pemeriksaan gynecologic secara rutin dapat mengesan ovarian cyst lebih awal. Benign ovarian cyst tidak akan menyebabkan kanser. Namun, simptom kanser ovarian cyst adalah menyerupai simptom ovarian cyst. Jadi, sangat penting bagi kita berjumpa sendiri dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan yang lebih teliti. Beritahu doktor tentang :

 

– perubahan kitaran haid anda
– sakit bahagian pelvik yang berpanjangan
– hilang selera makan
– kehilangan berat badan secara tiba-tiba
– perut sebu

 

ADA CARA ALTERNATIF UNTUK KECUTKAN CYST TAK????

Sekiranya anda belum bersedia untuk melakukan pembedahan membuang cyst tersebut. Mungkin anda boleh berikhtiar menggunakan alternatif lain seperti mengamalkan pengambilan suplemen yang sihat, selamat dan berkesan seperti Set Cyst Shaklee. Antara suplemen semulajadi yang mempunyai kandungi antioksida yang tinggi dalam Set Cyst Shaklee adalah:

 

Vivix
====
Membantu membaiki sel-sel dan otot yang rosak sehingga tahap DNA. Mengandungi tahap antioksidan dan resveraterol yang tinggi. Membantu membantutkan sel kanser dan membantu mengecutkan cyst. Membantu mempercepatkan penyembuhan luka.

 

Vitamin E
=======
Membantu menghalang cyst daripada berulang. Membantu menghasilkan sel baru yang sihat dan normal. Bersifat antioksidan yang tinggi bagi mengurangkan serangan jantung. Membantu mempercepatkan penyembuhan luka.

 

Vitamin C
========
Membantu mempercepatkan penyembuhan cyst. Membantu meningkatkan sitem imun badan melawan penyakit. Membantu memusnahkan sel tidak normal.

 

Carotomax
==========
Kaya dengan 6 jenis karatenoid yang membantu memberikan perlindungan antioksidan yang kuat. Kandungan zeaxanthin, lycopene dan beta carotene yang terkandung di dalamnya membantu untuk mencegah kanser ovari, payudara, usus dan prostat. Membantu mempercepatkan penyembuhan luka dan meningkatkan sistem imun tubuh bagi melawat penyakit.

 

Ada ovarian cyst yang benign, tapi ada yang bahaya dan boleh menyebabkan kanser. Atasinya segera dengan cara alternatif untuk mengecutkan cyst.

 

Untuk menempah dan konsultansi berkaitan produk, anda boleh membeli dan menghubungi saya dengan beberapa cara di bawah ini.

 

FB : IdAyu Irdina
FB Page : Idayu Irdina
IG : @idayu_irdina
No.HP : +6013-9189500

Beli secara online diĀ sini

 

 

 

 

 

 

Continue Reading