Cara buat skrub muka dan masker di rumah

Malasnya la hai nak ke spa buat facial. Mahal harga mereka setandinglah dengan kualiti servisnya kan. Kebetulan kat rumah ni ada tomato, gula putih dan ais kiub. Ok la ni daripada tak ada kan. Jom lah kita sental muka jap.

 

 

Memula, kita wap kan dahulu muka kita ni bertujuan untuk membuka pori-pori muka. Kalau tak nak wapkan pun tak mengapa. Selepas itu, kita belah dua tomato dan cicah ke dalam gula putih, gosok lah ke muka secara membulat. Selepas itu, kita cuci muka dengan air yang mengandungi ais untuk tutup balik liang pori yang telah terbuka tadi.

 

 

Apa kebaikan skrub dengan tomato dan gula???

1- Skrub tomato dan gula ni dapat membantu menanggalkan sel-sel kulit mati di muka kita yang membuatkan muka nampak kusam dan tak cantik.

2- Skrub ini membantu kulit muka rasa rileks dan sejuk. Bagus untuk tegangkan kembali kulit muka kita.

3- Kandungan lycopene yang kaya di dalam tomato membantu memperbaiki kulit, melindungi kulit daripada pancaran matahari dan mencerahkan kulit.

 

Aishhh…tetiba rasa gatal tangan pulak la nak pakai masker. Barang lain tak ada, tapiiii… serbuk ESP dan serbuk peninggalan SR vit c ni ada lagi. Kira aci la kan buat masker. Campur plain yogurt sikit dalam peti ais tu. Lepas tu, gaul sebati semua sebelum sapu ke seluruh muka.

 

 

Bangun tidur pagi esok baru cuci muka dengan Nutriwhite deep foaming cleanser. Lembuuuuuttttt je rasa kulit ni….ok lah…sekian sahaja entri ringkas kali ni…

 

Untuk menempah dan konsultansi berkaitan produk, anda boleh membeli dan menghubungi saya dengan beberapa cara di bawah ini.

FB : IdAyu Irdina
FB Page : Idayu Irdina
IG : @idayu_irdina
No.HP : +6013-9189500

Beli secara online di sini

Beli secara online di sini

atau beli kombo ESP dan SR Vit C di sini

Continue Reading

Kesan pengambilan suplemen minyak ikan Omega Guard dapat menurunkan berat badan

Dalam Journal of Nutrition America Clinical edisi Mei 2007, terdapat sekumpulan penyelidik Australia telah menerbitkan hasil kajian mereka dalam ‘Mengkaji kesan-kesan minyak ikan dalam penurunan berat badan melalui pemakanan dan senaman’.
Hasil kajian mereka mendapati kombinasi pengambilan suplemen minyak ikan dan melakukan senaman secara kerap dapat membantu mengurangkan lemak badan, meningkatkan kesihatan jantung dan metabolisme. Bagaimana ia berfungsi untuk membantu menurunkan berat badan????
Hasil kajian itu jugak menunjukkan bahawa pengambilan suplemen minyak ikan mampu menurunkan paras trigliserida dan meningkatkan paras kolesterol HDL serta aliran darah yang lebih baik. Selain itu, ia juga membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.
Asid lemak omega 3 yang terdapat di dalam Omega Guard membantu meransang tubuh untuk bertindak balas dengan hormon yang dikenali sebagai Leptin.
Hormon Leptin berfungsi untuk mengatur berat badan, fungsi metabolisme dan reproduksi. Apabila Leptin boleh bertindak balas dengan baik, ia menghantar signal kepada badan (otak akan tafsir) untuk mengurangkan selera makan kita, sekaligus dapat mengekalkan atau mengurangkan berat badan kita.
Disamping itu, Leptin juga membantu meningkatkan metabolisme badan kita. Ia membantu meningkatkan pengeluaran tiroid yang membantu mengawal metabolisme tubuh kita. Mereka yang mempunyai metabolisme yang tinggi lebih senang mengawal berat badan mereka.
Namun, jika leptin tidak bertindak balas dengan baik dalam badan kita. Hal sebaliknya akan berlaku. Kita akan mudah rasa lapar dan kecenderungan untuk kenaikan berat badan adalah tinggi. Jadi, sebagai langkah berjaga-jaga kita perlu mengamalkan pengambilan Omega Guard bagi membantu meransang hormon Leptin untuk bertindak balas dengan baik dalam tubuh kita.
Para penyelidik menyimpulkan bahawa diet pengambilan suplemen minyak ikan dapat mengurangkan lemak badan dan meransang penggunaan asid lemak untuk menukarkannya kepada tenaga. Asid lemak omega 3 membantu mengawal selera makan dan pembakaran lemak badan dengan lebih cepat.

APA KATA PENGGUNA OMEGA GUARD

 
Untuk menempah dan konsultansi berkaitan produk, anda boleh membeli dan menghubungi saya dengan beberapa cara di bawah ini.
FB Page : Idayu Irdina
IG : @idayu_irdina
Beli secara online di sini
Continue Reading