Masalah Rahim Jatuh atau Peranakan Turun Ketahui Punca dan Kesannya

Setiap wanita harus mengetahui tentang masalah rahim jatuh atau peranakan turun dan ketahui akibatnya. Lelaki pun kena ambil peduli sebab ia berkaitan masalah kesihatan wanita yang kamu sayangi. Dianggarkan masalah ini berlaku kepada hampir separuh wanita yang pernah bersalin mengalaminya atas pelbagai faktor. Namun, ia juga boleh berlaku kepada wanita yang belum berkahwin terutamanya yang suka melakukan aktiviti lasak dan kerja berat.

 

 

Dr. Asiah Abdullah merupakan Pakar perbidanan dan sakit puan menyatakan bahawa, masalah rahim jatuh ini berlaku apabila ligamen dan otot pada pinggul menjadi lemah atau rosak dan tidak mampu untuk menampung organ dibahagian berkenaan. Apabila keadaan ini berlaku, rahim akan jatuh dan terkeluar daripada faraj. Pundi kencing akan menonjol ke bahagian dinding depan faraj, manakala usus besar pula akan menonjol ke bahagian belakang faraj.

 

Masalah ini tidak mendatangkan kehilangan nyawa, namun, ia akan menimbulkan rasa tidak selesa dan menyebabkan penderitaan emosi kepada wanita tersebut.

 

KENALI JENIS RAHIM JATUH (JOP)

 

 

1- Bahagian atas
===============

Uterine prolapse keadaan di mana rahim jatuh ke bahagian faraj. Terdapat 3 keadaan uterine prolapsed iaitu:

a. Rahim turun sedikit tetapi tidak tertonjol keluar faraj. Keadaan ini mungkin tidak disedari oleh kebanyakan wanita. Kebiasaannya dapat diketahui semasa doktor membuat pemeriksaan untuk tujuan lain, contohnya pap smear.

b. Rahim jatuh sampai ke bawah dan pangkal rahim boleh nampak sedikit di muka pintu faraj.

c. Hampir keseluruhan rahim jatuh dan terkeluar daripada faraj.

Sekiranya rahim jatuh bahagian atas, wanita tersebut akan sukar mengawal kencing, kerap kencing atau kencing tak puas.

 

2- Bahagian hadapan
==================

Pundi kencing akan jatuh ke dalam faraj dan akan menolak dinding faraj ke depan, kelihatan seperti benjolan.

Kebiasaannya yang berlaku, pundi dan saluran air kencing akan jatuh bersama ke dalam faraj.

Sekiranya hal ini berlaku, ia akan menyebabkan rasa tidak puas semasa membuang air besar sehingga kadang kala terpaksa menggunakan jari untuk mengeluarkan najis.

 

3- Bahagian belakang
==================

Sebahagian usus kecil yang berada antara rahim dan faraj boleh jatuh ke bahagian faraj dan rektum.

Sekiranya rektum yang jatuh, ia akan membentuk benjolan di belakang faraj dan berhampiran dubur yang dikenali sebagai rektosele. Kemungkinan besar juga, kedua-dua keadaan ini boleg berlaku serentak dan harus diperiksa secara menyeluruh. Jika tidak dikenal pasti lebih awal, ia boleh mendatangkan kesusahan kepada wanita tersebut.

Terdapat lagi satu keadaan yang dipanggil vault prolapsed, ianya berlaku selepas pembedahan histerektomi. Keadaan ini berlaku kepada 15 peratus wanita yang melakukan pembedahan histerektomi disebabkan masalah JOP dan 1 peratus atas alasan lain seperti fibroid. Vault prolapsed ini mungkin akan mengambil masa untuk berlaku, sekiranya otot sekeliling pinggul dan bekas jahitan lemah, mak ia akan jatuh ke bawah.

Dalam keadaan teruk begini, wanita terbabit akan merasa terdapat benda berat di celah farajnya dan boleh menyebabkan luka, berdarah serta jangkitan kuman.

 

KENALI PUNCA-PUNCANYA

1. Sembelit yang berpanjangan.

2. Proses kelahiran yang rumit sehingga melibatkan alat bantuan seperti forseps dan vakum.

3. Ibu yang melahirkan bayi yang melebihi berat 3.5kg atau kelahiran kembar.

4. Meneran lebih awal semasa proses kelahiran iaitu sebelum bukaan faraj kurang daripada 10cm.

5. Wanita yang mempunyai ramai anak.

6. Wanita yang selalu mengangkat barang berat walaupun dalam postur badan yang betul.

7. Ibu yang mengalamu masalah obesiti.

8. Mengalami ketubuhan cyst atau fibroid bersaiz besar dan menekan ke bahagian pinggul.

9. Ibu yang mengalami batuk yang berpanjangan.

10. Ibu yang merokok atau terdedah kepada asap rokok.

11. Mengalami masalah pernafasan seperti jangkitan pada peparu atau tibi yang menyebabkan ibu mengalami batuk berpanjangan.

 

 

KETAHUI LANGKAH PENCEGAHAN

1. Elakkan berdiri terlalu lama.

2. Lakukan senaman pelvik dengan kerap.

3. Amalkan pengambilan makanan yang betul untuk mengelakkan sembelit.

4. Amalkan memakai girdle atau sut pelansingan badan.

5. Jarakkan kehamilan.

 

GABUNGAN SUPLEMEN BERASASKAN BAHAN SEMULAJADI YANG BERKESAN MEMBANTU MASALAH RAHIM JATUH

 

Mungkin ada yang bernasib baik dapat merawat masalah rahim jatuh ni dengan bidan atau doktor. Tapi, untuk membantu masalah rahim jatuh dapat di atasi dengan cepat ialah dengan mengamalkan pengambilan suplemen berkualiti dan berkesan.

 

Vivix
====
Kaya dengan polifenol dan tinggi antioksidan. Membantu memulihkan sel-sel yang rosak sehingga ke peringkat DNA. Membantu menyembuhkan luka dengan cepat. Membantu melancarkan sistem pembuangan dalam usus.

 

ESP (Energizing Soy Protein)
=======================
Merupakan sumber protein yang kaya dengan 9 jenis asid amino serta vitamin dan mineral lain. Membantu membekal makanan yang secukupnya untuk sel di dalam badan kita. Ia juga membantu menguatkan lantai rahim dan jugak otot-otot disekelilingnya.

 

Alfafa Complex
=============
Gabungan pelbagai jenis herba yang berfungsi seakan kacip fatimah. Dikenali juga sebagai jamu moden, ia membantu mengecutkan rahim dan mengurangkan masalah keputihan.

 

Vitamin E
========
Mengandungi 8 jenis vitamin E dan juga Selenium. Ia membantu menguatkan otot-otot dan ligamen sekitar pelvik dan rahim.

Sayangi rahim kita, sayangi tubuh badan kita. Bahagian sulit dan menjadi ‘syurga’ buat sang suami ini harus dijaga baik-baik. Keharmonian rumah tangga akan melahirkan sebuah keluarga yang bahagia.

Untuk menempah dan konsultansi berkaitan produk, anda boleh membeli dan menghubungi saya dengan beberapa cara di bawah ini.

FB : IdAyu Irdina
FB Page : Idayu Irdina
IG : @idayu_irdina
No.HP : +6013-9189500

Beli secara online di sini

 

Continue Reading