Cara Mengatasi Masalah PCOS dan Ketidaksuburan Wanita

Sindrom Ovari Polisistik atau lebih dikenali sebagai PCOS. PCOS merupakan masalah kesihatan yang sering dihidapi oleh wanita. PCOS menyebabkan wanita mengalami masalah hormon, ketidaksuburan dan terlebih hormon lelaki (androgen). Wanita yang mengalami masalah PCOS dikatakan sukar untuk hamil dan mempunyai masalah kulit.

Sebenarnya, ianya normal bagi wanita yang mengalami polisistik ovari apabila ovari mereka menghasilkan lebih banyak folikel berbanding biasa pada setiap bulan. Namun, apabila folikel yang hadir itu tidak berjaya matang dan tidak dapat menghasilkan telur. Ia kemudiannya akan menyebabkan terjadinya Sindrom Ovari Polisistik.

Dikatakan, dalam 100 orang wanita terdapat 2 – 26 orang wanita menghidap PCOS. PCOS biasanya dialami oleh wanita yang reproduktif. Terdapat beberapa gejala atau simptom terdapat pada tubuh badan penghidap PCOS. Seandainya anda ada mengalami gejala-gejala seperti di bawah, cepat-cepat dapatkan rawatan daripada doktor.

Gejala-Gejala Penghidap PCOS
Di sini saya kongsikan 12 jenis gejala yang biasanya terjadi pada penghidap PCOS.
1. Pertumbuhan bulu berlebihan disekitar tubuh badan.
2. Masalah obesiti dan susah untuk turunkan berat badan.
3. Ovarian Cyst.
4. Lemah keinginan untuk ‘bersama’ bagi pasangan suami isteri.
5. Masalah kitaran haid yang tidak teratur.
6. Masalah rambut gugur dan paten kebotakan kepala seperti lelaki.
7. Mempunyai kadar hormon testeron yang tinggi.
8. Insulin resistance
9. Masalah kelesuan badan dan tidur terganggu.
10. Emosi yang tidak stabil
11. Muka berjerawat.
12. Kesukaran untuk hamil.

Terdapat kajian dijalankan untuk menguji tahap kesuburan wanita. Hasil kajian mendapati wanita yang berumur 35tahun ke atas cenderung untuk mengalami masalah kesuburan yang serius. Peluang untuk hamil bagi wanita yang berumur 35 tahun ke atas adalah lebih rendah berbanding wanita yang berumur 20-an.

Seandainya anda berkahwin agak lewat dan lambat dikurniakan zuriat. Jangan mudah untuk menyalahkan wanita, kerana tahap kesuburan lelaki juga turut menurun seiring peningkatan usia. Kajian ada menunjukkan bahawa 30 peratus masalah kesuburan adalah disebabkan masalah kesuburan lelaki.

Rawatan Untuk Mendapatkan Anak
Setiap mereka yang berkahwin pasti mengimpikan untuk mempunyai anak sendiri. Terdapat pelbagai kaedah atau rawatan yang boleh dilakukan untuk mendapatkan anak.

Untuk maklumat lebih lanjut berkaitan rawatan tersebut, anda perlu merujuk kepada mereka yang pakar. Sebabnya, sebelum memulakan rawatan terdapat banyak prosedur yang perlu dilakukan.

Tetapi, sekiranya anda mempunyai keinginan untuk mencuba rawatan alternatif. Anda boleh tontonya di dalam video di bawah ini. Sebarang pertanyaan anda boleh hubungi saya di talian 013-9189500



Continue Reading