Set Kehamilan Shaklee

B complex
=========
Ia mengandungi 8 jenis vitamin B lengkap untuk fungsi tubuh, B1(tiamin), B2(riboflavin), B3(niasin), B5(pantotenat), B6(pyridoxine), B7(biotin), B9(asam folat) dan B12(cobalamins). Antara kelebihan B complex Shaklee adalah:

1- Membantu menukarkan makanan menjadi tenaga, untuk mengurangkan masalah keletihan.

2- Membantu mengatasi masalah rambut beruban dan gugur. Membantu mengekalkan kesihatan rambut.

3- Mengandungi biotin dan asid folik yang penting untuk metabolisme badan dan pembentukan sel darah merah.

4- Membantu mencegah anemia dan menggalakkan perkembangan sel yang sihat.

5- Membantu mengurangkan risiko kecacatan bayi di dalam kandungan.

6- Membantu menenangkan fikiran dan mengelakkan stress.

7- Membantu mengimbangi paras kolesterol dalam badan.

 

Vita Lea
=======
Merupakan multivitamin yang diformulasikan lebih 100 tahun yang lalu. Mengandungi 30 jenis nutrisi, 12 jenis vitamin dan 7 jenis mineral yang membantu mengisi lompong nutrisi yang tidak dapat diisi melalui pemakanan seharian kita. Antara kelebihan Vita Lea yang lain adalah:

1- Kaya dengan iron (zat besi) yang sememangnya amat diperlukan oleh ibu hamil. Ibu hamil yang selalu rasa nak pitam atau anemia memang bagus mengamalkan pengambilan Vita Lea untuk mengelakkan diri daripada pengsan.

2- Membantu memberikan tenaga, kekuatan tubuh dan meningkatkan daya ingatan serta daya fokus.

3- Membantu menyediakan nutrisi asas bagi kesihatan sel, otot, kulit, rambut dan kuku.

4- Membantu melindungi fungsi hati, jantung dan buah pinggang.

5- Membantu menstabilkan sistem metabolisne badan dan melambatkan penuaan.

6- Mengandungi klsium dan fosforus yang membantu kepadatan tulang, mengelakkan osteoporosis.

7- Yodium yang terkandung di dalamnya dapat membantu pertumbuhan janin dalam kandungan dan mengawal berat badan.

 

Vitamin C
=========
Fungsi vitamin C Shaklee sangat diperlukan oleh ibu hamil dan janin dalam kandungan. Ia diperlukan untuk membantu menghasilkan kolagen dan struktur protien.

Para saintis bimbang kekurangan vitamin C boleh mengakibatkan kecacatan mental kepada janin. Antara manfaat Vitamin C yang lain adalah:

1- Sebagai antioksidan yang membantu meneutralkan radikal bebas dan menguatkan sistem imun ibu dan bayi dalam kandungan.

2- Membantu membentuk plasenta yang sihat.

3- Vitamin C membantu penyerapan zat besi dengan lebih baik untuk mengelakkan ibu hamil mengalami anemia.

4- Membantu pertumbuhan baik gigi, gusi dan tulang serta sistem badan yang lain.

5- Vitamin C Shaklee mengadungi teknologi ‘sustained release’ yang bermaksud, vitamin C dilepaskan pada kadar 100mg setiap jam mengikut sukatan yang diperlukan oleh badan kita.

6- Ia diperbuat daripada ekstrak jagung yang ditanam secara organik dan tidak memeritkan perut sensitif.

7- 1 biji vitamin C Shaklee mengandungi khasiat yang menyamai 7 biji oren beserta kulitnya.

 

Energizing Soy Protein (ESP)
==========================
1 tin ESP(850g) memgandungi 30kg kacang soya yang ditanam secara organik dan non .
GMO. Mengandungi 9 jenis asid amino dan mutivitamin serta mineral yang lengkap untuk fungsi tubuh.

Badan kita memerlukan asid amino, namun, badan kita tidak memghasilkanya. Jadi, kita perlu mengambilnya melalui pemakanan kita. Antara lain kelebihan ESP adalah:

1- Dilengkapi dengan unsur kalsium untuk mengelakkan kerapuhan tulang dikalangan ibu hamil.

2- Membantu mencantikkan, menganjal dan kulit nampak lebih berseri.

3- Membantu menghilangkan parut jerawat dan selulit.

4- Membantu membekalkan tenaga dengan segera dan memberikan rasa kenyang lebih lama.

5- Membantu mempercepatkan pemulihan luka selepas bersalin dengan pembentukan sel-sel baru yang lebih cepat.

6- Membantu merendahkan paras kolesterol.

7- Membantu meningkatkan kesihatan jantung.

 

Ostematrix
==========
Ia mengandungi 1000mg kalsium, 4000mg magnesium, 400IU vitamin D, boron, mangan, tembaga dan zink. Setiap satunya mempunyai fungsi tersendiri untuk kesihatan tulang kita.

Selain daripada membantu mengelakkan osteoporis dan pembentukan tulang dam gigi. Ia juga mempunyai manfaat yang lain, antaranya:

1- Membantu mengurangkan stress.

2- Membantu melegakan rasa sakit ketika haid atau diawal kehamilan.

3- Membantu mengelakkan kekejangan otot dikalangan ibu hamil.

4- Membantu mengelakkan tumit kaki pecah.

5- Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

6- Membantu melembutkan najis sekaligus melancarkan proses pembuangan.

7- Membantu mengurangkan risiko praeklempsia.

 

Omega Guard
=============
Omega Guard diperbuat daripada minyak ikan tulen yang mengandungi asid lemak omega-3 yang lebih pekat berbanding produk minyak ikan yang lain. Berbentuk softgel dan mudah untuk ditelan serta kurang berbau hanyir. Antara kebaikan Omega Guard adalah:

1- Mengandungi EPA yang berfungsi untuk membantu menyokong fungsi jantung, sistem imun badan dan tindak balas keradangan.

2- DHA yang terkandung di dalamnya berfungsi untuk membantu menyokong fungsi otak, mata dab sistem saraf pusat.

3- EPA dan DHA sangat penting untuk perkembangan kesihatan dan otak ibu dan bayi dalam kandungan. Ini kerana ia tidak dapat dihasilkan sendiri oleh badan. Ia hanya boleh didapati melalui pemakanan. Omega Guard membantu memberikan nutrisi yng secukup yang diperlukan oleh badan kita.

4- Membantu mengurangkan risiko alergi dikalangan bayi.

5- Membantu mencegah kelahiran pramatang dan memgurangkan risiko pre-eklampsia.

6- Membantu mengurangkan risiko ibu kemurungan selepas bersalin.

7- Membantu meningkatkan tahap penglihatan dan kognitif bayi.

 

 

Untuk menempah dan konsultansi berkaitan produk, anda boleh membeli dan menghubungi saya dengan beberapa cara di bawah ini.

FB : IdAyu Irdina
FB Page : Idayu Irdina
IG : @idayu_irdina
No.HP : +6013-9189500

Beli secara online di sini

Lokasi COD
==========
Jeli – Rantau Panjang – Tanah Merah – Machang – Pasir Mas – Salor – Pasir Pekan – Pasir Hor – Wakaf Bharu – Kubang Kerian – Kota Bharu – Pengkalan Chepa – Ketereh dan kawasan berdekatan.

USM – Batu Uban – Bayan Baru – Bayan Lepas – Queensbay Mall – Bukit Jelutong – Sg. Dua – Sg. Ara – Relau – Teluk Kumbar – Balik Pulau – Jelutong – Georgetown – Perak Road – Burma Road – Tanjong Bungah – Tanjong Tokong – Batu Feringhi dan kawasan berdekatan.

 

 

 

 

Continue Reading

Tutorial make-up simple dan peralatan asas yang diperlukan

Sekarang ramai orang perempuan yang teruja sangat tengok tutorial make-up kat youtube kan??Tak kira lapisan umur, daripada sekolah rendah, remaja sampai lah mak-mak kita kat rumah itu pun suka tengok cara orang make-up kan?? Semua orang teringin untuk nampak cantik dan bergaya sekarang ni kan. Bagi yang baru nak berjinak-jinak calit mekap kat muka ni, tahu ke apa peralatan asas yang perlu ada untuk mekap?? Jom kita tengok tutorial mekap simple dan peralatan asas yang diperlukan.

Sebelum kita mula nak tatarias wajah, kita kena sediakan terlebih dahulu barang-barang asas yang diperlukan. Di sini saya kongsikan juga sedikit tips untuk menggunakan barang-barang asas mekap.

 

Alat keperluan asas untuk solekan

 

1.Concealer
Pilih concealer jenis berkrim yang boleh sorokkan lingkaran gelap bawah mata dan menutup cela di wajah.

 

2. Foundation / bedak asas
Kita tidak perlu mencalit foundation ke seluruh muka, hanya calit di kawasan yang mempunyai warna dan tona yang tidak sekata pada wajah. Sekiranya wajah kita tidak mempunyai masalah, kita boleh menggunakan ‘tinted moisturiser’ sahaja.

 

3. Blusher / pemerah pipi
Pilih warna yang lebih hangat bagi menyerlahkan kecomelan pipi gebu kita itu.

4. Translucant powder
Apa yang best pasal translucant powder ni, ia jenis bedak serbuk yang sangat ringan, mudah disapu menggunakan berus, mudah rata dan kawalan berkilat. Maksudnya, wajah kita nampak cantik dan tidak berkilat apabila memakainya.

 

5. Maskara
Tak lengkap rasanya tatarias bahagian mata tanpa maskara. Pilih warna hitam atau coklat gelap bagi mereka yang tidak memiliki bulu mata yang lebat.

 

6. Neutral eye shadow / pembayang mata warna nuetral
Warna beige atau taupe kebiasaannya disapukan di seluruh kelopak mata sebagai pencerah.

7. Pembayang mata
Bagi mekap yang simple dan neutral, warna coklat abu-abu dan kelabu arang menjadi pilihan. Sapukan di bahagian bawah kelopak mata dan juga di bawah tulang berhampiran mata untuk menampakkan kedalaman. Bagi mereka yang suka nampak sweet, boleh gunakan warna pink lembut.

 

8. Eye liner
Eye liner ni tujuan pemakaian adalah untuk menutup ‘gap’ bulu mata palsu dan jugak untuk menyerlahkan lagi mata kita untuk tampak lebih menarik. Gunakan eye liner warna hitam atau coklat gelap, gariskan nipis sahaja di atas kelopak mata.

 

9. Gincu/lipstick
Gincu bibir boleh dipilih mengikut citarasa anda. Namun, warna gincu yang tengah ‘in’ trend sekarang ni terdiri daripada warna-warna neutral dan lembut. Kita boleh jugak memakai lip gloss jika kita suka nampak bibir berkilat.

Ok, sekarang kita sudah tahu serba sedikit alat solek yang kita perlukan. Bagaimana pula dengan berus?? Berus mekap merupakan peralatan penting bagi memastikan solekan kita kelihatan cantik dan kemas.

 

Berus mekap

 

1. Fluffy powder brush
Berus ini bersaiz besar, bulat dan lembut bulunya. Digunakan untuk menyapu bedak serbuk pada seluruh muka di akhir mekap.

2. Blush brush
Bersaiz lebih kecil dan sesuai untuk menyapu dan mengadun pemerah pipi di sekitar pipi dan tulangnya.

3. Eye shadow brush
Satu berus yang cukup untuk menyapu pembayang mata dengan satu sapuan.

4. Crease brush
Bersaiz kecil dan bulat, digunakan di bawah lipatan untuk menambah kesan lebih gelap dan dramatik.

5. Eye liner brush
Kecil, tirus sedikit dan rata, digunakan untuk membuat garisan pada mata atau untuk menyapu sedikit serbuk kening bagi mereka yang memiliki kening nipis.

6. Tweezer
Digunakan untuk mencabut helaian bulu kening yang tumbuh berselerak dan nampak tidak kemas. Namun, perbuatan ini haram dilakukan bagi wanita muslim. Ianya bertentangan dengan tuntutan syariat Islam.

 

Yeayyy!!!!Dah tahu dah apa yang nak dibeli lepas ni. Jom kita cuci mata tengok tutorial mekap yang simple tapi tetap nampak cantik dan manis apabila dipandang.

 

 

Bagi seorang perempuan yang suka bermekap, kita juga harus tahu mencuci mekap dengan sebersihnya bagi mengelakkan wajah kita bermasalah. Apabila kita tidak mencuci mekap dengan bersih, ia akan menyebabkan liang pori tersumbat yang boleh menyebabkan jerawat tumbuh.

 

Oleh itu, untuk menjaga kejelitaan semulajadi wajah kita. Kita harus mengamalkan vitamin C dan E. Barulah mekap kita nampak cantik dan tidak terlalu tebal, sebab kulit wajah kita sudah semulajadi cantik.

 

Vitamin C
=========
Membantu menganjalkan kulit, antioksidan, meningkatkan sistem imun badan, mengecutkan jerawat, mencerahkan kulit.

 

Vitamin E
=========
Membantu mengekalkan kecantikan kulit, melembabkan kulit dan memudarkan parut jerawat

 

Untuk menempah dan konsultansi berkaitan produk, anda boleh membeli dan menghubungi saya dengan beberapa cara di bawah ini.

FB : IdAyu Irdina
FB Page : Idayu Irdina
IG : @idayu_irdina
No.HP : +6013-9189500

 

Beli secara online di sini

 

Lokasi COD
==========
Jeli – Rantau Panjang – Tanah Merah – Machang – Pasir Mas – Salor – Pasir Pekan – Pasir Hor – Wakaf Bharu – Kubang Kerian – Kota Bharu – Pengkalan Chepa – Ketereh dan kawasan berdekatan.

USM – Batu Uban – Bayan Baru – Bayan Lepas – Queensbay Mall – Bukit Jelutong – Sg. Dua – Sg. Ara – Relau – Teluk Kumbar – Balik Pulau – Jelutong – Georgetown – Perak Road – Burma Road – Tanjong Bungah – Tanjong Tokong – Batu Feringhi dan kawasan berdekatan.

Continue Reading

Cara mengatasi masalah jerawat batu dan bekasnya

JERAWAT!!!!!!! Arrrgggggghhhhh….. jerawat dan wanita adalah musuh. Kalau jerawat batu yang naik di muka, ibarat macam hendak berperang gayanya. Baru naik seketul kat hidung dah bising satu dunia. Inikan pula kalau jerawat batu naik seluruh muka. Alamatnya pakai topeng lah masa keluar rumah. Hahahhaha….Ok lah, kat sini saya hendak kongsikan cara menghilangkan jerawat batu dan bekasnya dengan berkesan.

 

 

Ok, jika kita perasan, muka berjerawat ni berkait rapat dengan muka berminyak. Mereka yang mempunyai kulit sensitif berjerawat dan berminyak ini kebiasaannya di kalangan remaja sehingga berumur lewat 30-an. Betul tak?

 

Bagaimana rupa bentuk jerawat batu? Jerawat batu bersaiz lebih besar berbanding jerawat biasa dan ia bernanah di dalamnya. Teksturnya lebih keras dan rasa sangat sakit apabila dipicit. Terdapat beberapa sebab terjadinya jerawat batu, antaranya:

 

1- Faktor psikologi

Stress merupakan antara faktor utama terjadinya jerawat batu, kenapa? Sebab, apabila kita sering stress tanpa disedari ia menegangkan otot-otot di wajah kita sekaligus meningkatkan produksi kalenjar minyak. Seterusnya, pori-pori muka akan tersumbat dengan penghasilan minyak yang berlebihan ini akan munculkan jerawat batu.

 

 

 

Elakkan stress dan kawasan persekitaran yang tercemar untuk mengelakkan jerawat batu. Selain itu juga, kita kena rajin bersihkan muka dan buat masker daripada buah-buahan supaya wajah kita mendapat nutrisi yang secukupnya.

 

2- Faktor genetik

Sekiranya kita mempunyai kulit wajah yang berminyak, kemungkinan juga ahli keluarga kita turut ada yang mempunyai kulit wajah seperti kita. Sama ada ibu, kakak, abang ataupun sepupu dan juga saudara mara yang lain akan ada mempunyai kulit muka sensitif, berminyak dan berjerawat.

 

Hati-hati! Kulit muka yang berminyak merupakan ladang untuk tumbuhnya jerawat batu. Bagi mengelakkan situasi ini, seeloknya kita mengamalkan mencuci muka 2 kali sehari bagi mengurangkan minyak di muka dan mengurangkan pengambilan makanan yang bergoreng dan berminyak.

 

3- Faktor hormon

Wanita memang tak lari dengan masalah hormon tak stabil. Masalah hormon ini akan menyebabkan kalenjar di wajah kita menghasilkan minyak berlebihan. Kemudiannya akan menyebabkan pori tersumbat lalu tertonjollah jerawat batu di muka kita.

 

Bagi wanita yang sudah berkahwin, seeloknya dinasihatkan tidak mengamalkan pengambilan pil perancang kehamilan. Dikhuatiri efek daripada pengambilan pil tersebut akan menyebabkan hormon tidak stabil dan seterusnya muka kita mengalami masalah jerawat batu.

 

4- Penggunaan kosmetik yang salah

Sekarang ini terdapat lambakan produk kosmetik dari dalam dan luar negara. Produk yang dijual pada harga yang murah dan mengandungi bahan-bahan yang dikhuatiri kesannya akan memudaratkan kulit wajah kita.

 

 

Jika tersilap pilih yang mengandungi minyak akan merosakkan muka kita. Ia akan menyebabkan pori kita tersumbat. Sebolehnya kita membaca dahulu kandungan yang terdapat di dalam bahan kosmetik tersebut. Pilih yang sesuai dengan kulit muka kita.

 

Tapi, sekiranya kulit muka kita dah penuh dengan jerawat batu yang menyakitkan dan membuatkan kita kelihatan tak menarik. Apa perlu kita buat?? Kita perlu rawat ia dari dalam agar terserlah kecantikan luaran.

 

Jom kita tonton video ini, Puan Zunorain ni pernah mengalami masalah kulit muka berjerawat dan berparut. Tapi, lihatlah wajahnya sekarang, parut jerawat pun tak nampak dah. Apa dia buat??

 

 

Antara pilihan suplement yang boleh kita amalkan ialah:

Vivix
======
Mengandungi antioksidan yang tinggi, di mana ia membantu menjadikan wajah kita awet muda. Membantu mempercepatkan penyembuhan luka akibat jerawat. Ia juga membantu membaiki sel-sel kita yang rosak sehingga ke tahap sel DNA.

 

Shaklee Collagen Powder
=======================
Dihasilkan daripada sisik ikan merah laut dalam, ia bermanfaat dalam membantu menguatkan rambut dan pertumbuhan semula. Selain mengembalikan kelembapan dan keanjalan kulit. Sekaligus dapat membantu mengurangkan parut jerawat di muka serta parut di badan juga. Paling best, ia membantu kulit kita jadi awet muda.

 

Herb Lax
========
Selain fungsinya membantu detoks usus kita dan dapat membantu menurunkan berat badan kita. Ia juga sangat membantu mengatasi masalah sembelit. Masalah sembelit akan menyebabkan jerawat tumbuh di kawasan bawah muka dan berhampiran dagu.

 

Alfafa Complex
==============
Alfafa complex membantu mencuci darah, hati dan usus. Ia juga dapat membantu mengurangkan infeksi dan alahan pada kulit.

 

GLA Complex
=============
Ia membantu mencairkan sebum yang berminyak menyebabkan pori tersumbat. GLA complex juga membantu mengurangkan inflamasi pada kulit.

 

Sustained Release Vitamin C
==========================
Dengan kelebihannya membebaskan 100mg Vitamin C setiap jam, ia dapat membantu membekalkan keperluan seharian kita. Ia membantu meransang pembentukan kolagen, membaiki simptom pendarahan, meningkatkan sistem imun serta membantu mengecutkan dan menyembuhkan luka jerawat.

 

Garlic Complex
==============
Nak cantik macam artis korea makan la banyak bawang putih. Tapi sanggup ke kita kunyah mentah-mentah gitu? Garlic complex mempunyai allicin aktif, kurang berbau bawang putih dan perisa rosemary serta spearmint. Ia bertindak sebagai antibiotik semulajadi dan selamat untuk diamalkan dalam jangka masa panjang. Ia membantu detoks toksik dari badan dan mempertingkatkan pertahanan sistem imun badan.

 

Carotomax
==========
Selain membantu mengatasi masalah mata rabun, ia juga membantu mengurangkan penyakit berkaitan kulit termasuklah masalah jerawat. Ia membantu meransang enzin yang membunuh kuman dan menghalang infeksi pada kulit.

 

Vitamin E
=========
Ia mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu badan kita menyerap vitamin E. 1 biji vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan ,mengurangkan kedut, garis halus, parut jerawat dan di badan. Disamping membantu memulihkan tekstur kulit, ton muka, dada dan otot peha.

 

Energizing Soy Protein (ESP)
==========================
Mengandungi 9 jenis asid amino yang lengkap dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Ia membantu membina otot, kuku, rambut, darah, organ kulit dan lain-lain. Membantu meransang semula pembentukan kulit otot, agen anti-penuaan dan mengurangkan kesan parut.

 

B Complex
==========
Dikenali juga sebagai pil anti stress, stress merupakan salah satu punca tumbuhnya jerawat. B complex mengandungi 8 komponen utama vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik. Ia membantu memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.

 

Untuk menempah dan konsultansi berkaitan produk, anda boleh membeli dan menghubungi saya dengan beberapa cara di bawah ini.

FB : IdAyu Irdina
FB Page : Idayu Irdina
IG : @idayu_irdina
No.HP : +6013-9189500

Beli secara online di sini

Lokasi COD
==========
Jeli – Rantau Panjang – Tanah Merah – Machang – Pasir Mas – Salor – Pasir Pekan – Pasir Hor – Wakaf Bharu – Kubang Kerian – Kota Bharu – Pengkalan Chepa – Ketereh dan kawasan berdekatan.

USM – Batu Uban – Bayan Baru – Bayan Lepas – Queensbay Mall – Bukit Jelutong – Sg. Dua – Sg. Ara – Relau – Teluk Kumbar – Balik Pulau – Jelutong – Georgetown – Perak Road – Burma Road – Tanjong Bungah – Tanjong Tokong – Batu Feringhi dan kawasan berdekatan.

Continue Reading

Kesan pengambilan suplemen minyak ikan Omega Guard dapat menurunkan berat badan

Dalam Journal of Nutrition America Clinical edisi Mei 2007, terdapat sekumpulan penyelidik Australia telah menerbitkan hasil kajian mereka dalam ‘Mengkaji kesan-kesan minyak ikan dalam penurunan berat badan melalui pemakanan dan senaman’.
Hasil kajian mereka mendapati kombinasi pengambilan suplemen minyak ikan dan melakukan senaman secara kerap dapat membantu mengurangkan lemak badan, meningkatkan kesihatan jantung dan metabolisme. Bagaimana ia berfungsi untuk membantu menurunkan berat badan????
Hasil kajian itu jugak menunjukkan bahawa pengambilan suplemen minyak ikan mampu menurunkan paras trigliserida dan meningkatkan paras kolesterol HDL serta aliran darah yang lebih baik. Selain itu, ia juga membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.
Asid lemak omega 3 yang terdapat di dalam Omega Guard membantu meransang tubuh untuk bertindak balas dengan hormon yang dikenali sebagai Leptin.
Hormon Leptin berfungsi untuk mengatur berat badan, fungsi metabolisme dan reproduksi. Apabila Leptin boleh bertindak balas dengan baik, ia menghantar signal kepada badan (otak akan tafsir) untuk mengurangkan selera makan kita, sekaligus dapat mengekalkan atau mengurangkan berat badan kita.
Disamping itu, Leptin juga membantu meningkatkan metabolisme badan kita. Ia membantu meningkatkan pengeluaran tiroid yang membantu mengawal metabolisme tubuh kita. Mereka yang mempunyai metabolisme yang tinggi lebih senang mengawal berat badan mereka.
Namun, jika leptin tidak bertindak balas dengan baik dalam badan kita. Hal sebaliknya akan berlaku. Kita akan mudah rasa lapar dan kecenderungan untuk kenaikan berat badan adalah tinggi. Jadi, sebagai langkah berjaga-jaga kita perlu mengamalkan pengambilan Omega Guard bagi membantu meransang hormon Leptin untuk bertindak balas dengan baik dalam tubuh kita.
Para penyelidik menyimpulkan bahawa diet pengambilan suplemen minyak ikan dapat mengurangkan lemak badan dan meransang penggunaan asid lemak untuk menukarkannya kepada tenaga. Asid lemak omega 3 membantu mengawal selera makan dan pembakaran lemak badan dengan lebih cepat.

APA KATA PENGGUNA OMEGA GUARD

 
Untuk menempah dan konsultansi berkaitan produk, anda boleh membeli dan menghubungi saya dengan beberapa cara di bawah ini.
FB Page : Idayu Irdina
IG : @idayu_irdina
Beli secara online di sini
Continue Reading

Omega Guard Shaklee bukan sekadar minyak ikan biasa

Pernah tak kita jumpa minyak ikan yang 99% tulen?? Mempunyai pelbagai manfaat kepada kesihatan kita dan boleh diamalkan oleh seisi keluarga. Omega Guard Shaklee bukan sekadar minyak ikan biasa. Ia merupakan softgel minyak ikan terbaik di dunia yang dihasilkan melalui proses yang dikawal rapi.

6 SEBAB KENAPA PERLU PILIH OMEGA GUARD SHAKLEE

1- Minyak ikan yang bergred farmaseutikal dan ultratulen. Bermaksud pihak syarikat tertakluk kepada pelbagai undang-undang dan peraturan bagi mengawal paten, ujian, keselamatan, keberkesanan dan pemasaran suplemen yang dikeluarkan.
2- Melalui proses penyulingan propietari 3 molekular bagi menyingkirkan bahan-bahan tercemar dan merbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat dalam kebanyakan jenis ikan. Ia juga mengandungi minyak omega 3 yang lebih pekat dan tulen.
3- Mengandungi lebih DHA dan EPA berbanding jenama lain. Apa fungsi DHA dan EPA untuk badan kita??? Penting sangat ke?? Kita bincang dalam sub topik seterusnya ye. Teruskan membaca.
4- Mempunyai 7 spektrum penuh asid lemak omega tulen di dalam pengambilan seharian Omega guard seperti DHA, EPA, ALA dan lain-lain. “Spektrum penuh” menunjukkan bahawa minyak ikan yang dihasilkan masih mengekalkan nutrisi semulajadinya.
5- Kurang berbau dan rasa hanyir ikan. Omega guard berbau hanyir apabila dikunyah begitu sahaja. Kebiasaan anak-anak suka kunyah Omega Guard ni macam makan nasi aje. Mungkin sebab rasanya kurang hanyir dan bau hanyir ikannya tidak keterlaluan. Jadi, anak-anak suka mengunyahnya walaupun ia sangat mudah untuk ditelan.
6- Mempunyai kelulusan daripada Friends of the Sea untuk menangkap ikan di laut. Friends of the Sea merupakan sebuah badan NGO yang menjaga pemuliharaan habitat laut. Ia merupakan projek pensijilan antarabangsa dan terkemuka bagi produk yang berasaskan perikanan dan akuakultur.

APA MAKSUD DHA DAN EPA???APAKAH FUNGSI MEREKA KEPADA TUBUH KITA???

DHA (asid docosahexaenoic) dan EPA (eiscosapentaenoic acid) merupakan asid lemak  omega 3 yang penting dalam membantu keberlangsungan fungsi di dalam tubuh kita. Ia sangat penting untuk perkembangan otak dan retina mata selain berfubgsi sebagai anti-radang.

Fungsi DHA

==========
DHA dapat membantu mencegah penyakit kulit, asma, kanser payudara, prostat dan membantu meningkatkan daya seksual. Selain itu, ia juga membantu menghindarkan migrain dan kebas badan serta membantu mengekalkan rasa panas dalam badan.

Fungsi EPA

==========
EPA pula berfungsi membantu mencegah pembekuan darah, bagus diamalkan oleh pesakit jantung. Ia juga membantu mencegah kanser, darah tinggi, tekanan perasaan dan mengawal kadar kolesterol yang berlebihan di dalam badan kita.

SIAPAKAH YANG MEMERLUKAN OMEGA GUARD INI???

Lelaki dewasa

================
Kebanyakan orang lelaki ni mereka jarang mementingkan cara pemakanan yang sihat. Mereka lebih cenderung diserang penyakit jantung.
Terdapat penyelidikan yang menyokong bahawa pengambilan asid lemak omega 3 dapat membantu mengurangkan penyakit jantung koronari dan mengawal paras kolesterol dalam tubuh kita.
Tambahan pula, omega 3 dapat membantu memperbaiki masalah kesihatan kardiovaskular, memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal. Disamping ia membantu memelihara kesihatan mata, otak dan juga sendi.

Wanita mengandung / Ibu hamil

===================================
Omega guard membantu mengawal berat badan ibu semasa hamil, perkembangan otak bayi di dalam kandungan dan mengurangkan risiko kelahiran pra matang ( kelahiran tidak cukup bulan). Tambahan, ia dapat membantu mengelakkan gila meroyan selepas melahirkan bayi.

Wanita yang menyusukan anak

===================================
Selain membantu menurunkan berat badan si ibu tanpa menjejaskan penghasilan susu badan. Omega Guard juga membantu membekalkan nutrisi untuk sistem imunisasi dan juga perkembangan otak anak yang disusukan.

Kanak-Kanak

===============
Kanak-kanak yang berumur 1 tahun ke atas digalakkan pengambilan 1 biji Omega Guard sehari. Ia bagi mengelakkan anak kita mudah demam, terkena jangkitan virus, batuk, selsema dan asma. Ia membantu memperkuatkan sistem imun dalam badan anak kita. Omega guard juga membantu menambah dan mengawal selera makan anak-anak kita. Jadi, kita dapat mengelakkan mereka daripada obesiti.
Bagi mereka yang hendak menguruskan badan, omega guard bertindak sebagai pembakar lemak. Supaya berat badan kita kekal di paras normal BMI.

TESTIMONI PENGGUNA OMEGA GUARD

 ” anak trauma tiap kali kena neb…selepas anak umur 1tahun paed suggest amek fish oil untuk atasi masalah anak… sebab penggunaan nebulizer tak bagus untuk jangka masa panjang….sejak amalkan omega guard secara konsisten..anak tak pernah kena neb lagi….”
“ibu hamil terpaksa ulang alik ke klinik untuk pantau tekanan darah sebab mengalami masalah tekanan darah tinggi…setelah amalkan omega guard selama 2 minggu..keputusan sangat mengujakan…”
“…seluar yang baru beli januari lepas dah semakin longgar dan kata lebih bertenaga untuk membantu kerja-kerja menguruskan rumah tangga…”
“…mak ayah ambil sebab nak kawal paras kolesterol dan turunkan berat badan…alhamdulillah..selepas amalkan omega mak ayah dah boleh jalan tanpa rasa sakit kaki dah…dulu berat badan berlebihan nak jalan pun susah…tak rugi beli banyak-banyak…last promo omega saya grab 1 set…”
Untuk menempah dan konsultansi berkaitan produk, anda boleh membeli dan menghubungi saya dengan beberapa cara di bawah ini.
FB Page : Idayu Irdina
IG : @idayu_irdina
Beli secara online di sini
Continue Reading