Cara mengatasi sembelit ketika hamil secara sihat dan semulajadi

Menjadi seorang ibu adalah momen yang paling manis bagi seorang wanita. Terutamanya bagi mereka yang baru kali pertama akan bergelar seorang ibu. Namun, jika setiap kali ingin melepaskan ‘hajat besar’, ianya sangat sukar. Bakal ibu terpaksa bertinggung lama dalam tandas dengan perut yang memboyot dan memulas tetapi ‘hajat besar’nya tidak lawas dan memeritkan. Ia pasti merupakan pengalaman yang menyeksakan. Sembelit sememangnya perkara lazim dikalangan ibu hamil, jom kita ketahui cara mengatasi sembelit ketika hamil secara sihat dan semulajadi.

 

 

Sembelit berlaku apabila kita mengalami kesukaran untuk membuang air besar, najis menjadi kering kerana makanan yang dimakan melalui usus besar dengan sangat perlahan. Kebiasaanya kita mengalami sembelit dari masa ke semasa, namun dengan sedikit perubahan gaya hidup dan amalan pemakanan yang lebih sihat mampu membantu mengurangkan sembelit dan mencegahnya daripada berulang.

 

 

Kebiasaannya, sembelit berlaku apabila kita kurang mengambil makanan berserat dan juga air dalam diet seharian kita. Antara makanan yang kaya dengan serat adalah bijian, sayuran dan buah-buahan. Serat yang bersifat larut air akan membantu melembutkan najis. Manakala serat yang tidak larut air akan terus melalui usus besar tanpa berubah bentuk dan mengakibatkan najis terkumpul, hal ini akan meransang pengecutan usus.

 

Punca Sembelit

Namun, bukan itu sahaja faktor yang menyebabkan sembelit. Terdapat beberapa faktor lain juga seperti:

1- Kurang bersenam
2- Umur lanjut
3- Gangguan otot
4- Struktur yang tidak normal
5- Gangguan usus
6- Gangguan neurogenik
7- Pemakanan yang tidak sihat

Disamping itu, sembelit juga mungkin disebabkan oleh pengambilan suplemen zat besi dan beberapa jenis ubat penenang atau ubatan yang lain. Sembelit juga kerap berlaku ketika hamil. Tahap kalsium yang tinggi dan tahap hormon tiroid yang rendah merupakan dua jenis gangguan metabolik yang boleh menyebabkan sembelit.

 

 

Bahaya Sembelit

Bahayanya sembelit, ia boleh mengakibatkan gangguan usus yang teruk sehingga menyebabkan kanser usus. Antara penyakit lain yang akan kita hidapi sekiranya kerap mengalami sembelit adalah:

– apendiks
– mulut berbau
– badan berbau
– kemurungan
– keletihan
– sakit kepala
– hemorrhoids
– hernia
– senak
– insomnia
– masalah berat badan

Pergerakan usus biasa adalah mekanisme penting bagi membuang toksin dari badan. Kolon bertindak sebagai tangki induk untuk bahan buangan. Antigen dan toksin daripada bakteria usus dan zarah yang tidak dicerna mungkin memainkan peranan dalam perkembangan diabetes mellitus, meningitis, myasthenia gravis, penyakit tiroid, gas kronik dan kembung, migrain, keletihan dan juga ulcerative colitis.

 

Video ini merupakan perkongsian seorang ibu yang pernah mengalami masalah buasir yang teruk semasa beliau hamil. Jom ketahui bagaimana cara dia mengatasi masalah tersebut.

 

 

Terdapat beberapa cara yang kita boleh lakukan untuk melancarkan sistem pembuangan serta mencegah sembelit.

 

Makanan tinggi serat
==================

Makanan berserat tinggi yang larut air dapat membantu mengelakkan sembelit. Contohnya barli, kekacang, oat, epal, aprikot, pisang, blackberries, blueberries, cranberries, anggur, prun dan pic.

Elakkan makanan berserat yang tidak larut air seperti bijirin, biji, gandum penuh, wheat bran dan kulit buah-buahan dan sayuran.

 

Minum lebih banyak air
====================

Baik, hal ini penting jika kita mengambil serat dalam pemakanan seharian kita. Sekurang-kurangnya kita harus minum 8 gelas air setiap hari samada kita dahaga atau tidak. Semakin meningkat usia kita akan semakin kurang dahaga.

 

Makanan yang tinggi pectin
========================

Amalkan makan banyak makanan yang tinggi pectin seperti epal, lobak merah, bit, pisang, kobis, buahan sitrus, kekacang kering dan okra. Pectin juga boleh didapati di dalam pemakanan tambahan.

 

Elakkan makanan yang meransang rembesan membran mukus seperti produk tenusu, berlemak dan makanan pedas. Perlu dielakkan juga makanan yang bergoreng.

 

Suplemen yang terbukti selamat dan berkesan untuk membantu mengatasi masalah sembelit ketika hamil

Pengambilan suplemen ketika hamil adalah sangat disarankan dan digalakkan bagi mencukupi keperluan nutrisi dalam badan kita. Ibu hamil memerlukan lebih nutrisi berbanding biasa. Bagi mengatasi masalah buasir/sembelit ketika hamil, seeloknya ibu hamil mengamalkan set kehamilan Shaklee. Selain membantu melawaskan pembuangan, ia juga membantu ibu hamil untuk jadi lebih sihat dan bertenaga.

 

Tempah secara online di sini

Untuk menempah dan konsultansi berkaitan produk, anda boleh membeli dan menghubungi saya dengan beberapa cara di bawah ini.

FB : IdAyu Irdina
FB Page : Idayu Irdina
IG : @idayu_irdina
No.HP : +6013-9189500

Untuk mendapatkan harga yang lebih istimewa dan lebih diskaun, jom daftar sebagai ahli di sini.

Lokasi COD
==========
Jeli – Rantau Panjang – Tanah Merah – Machang – Pasir Mas – Salor – Pasir Pekan – Pasir Hor – Wakaf Bharu – Kubang Kerian – Kota Bharu – Pengkalan Chepa – Ketereh dan kawasan berdekatan.

USM – Batu Uban – Bayan Baru – Bayan Lepas – Queensbay Mall – Bukit Jelutong – Sg. Dua – Sg. Ara – Relau – Teluk Kumbar – Balik Pulau – Jelutong – Georgetown – Perak Road – Burma Road – Tanjong Bungah – Tanjong Tokong – Batu Feringhi dan kawasan berdekatan.

Continue Reading

Cara buat skrub muka dan masker di rumah

Malasnya la hai nak ke spa buat facial. Mahal harga mereka setandinglah dengan kualiti servisnya kan. Kebetulan kat rumah ni ada tomato, gula putih dan ais kiub. Ok la ni daripada tak ada kan. Jom lah kita sental muka jap.

 

 

Memula, kita wap kan dahulu muka kita ni bertujuan untuk membuka pori-pori muka. Kalau tak nak wapkan pun tak mengapa. Selepas itu, kita belah dua tomato dan cicah ke dalam gula putih, gosok lah ke muka secara membulat. Selepas itu, kita cuci muka dengan air yang mengandungi ais untuk tutup balik liang pori yang telah terbuka tadi.

 

 

Apa kebaikan skrub dengan tomato dan gula???

1- Skrub tomato dan gula ni dapat membantu menanggalkan sel-sel kulit mati di muka kita yang membuatkan muka nampak kusam dan tak cantik.

2- Skrub ini membantu kulit muka rasa rileks dan sejuk. Bagus untuk tegangkan kembali kulit muka kita.

3- Kandungan lycopene yang kaya di dalam tomato membantu memperbaiki kulit, melindungi kulit daripada pancaran matahari dan mencerahkan kulit.

 

Aishhh…tetiba rasa gatal tangan pulak la nak pakai masker. Barang lain tak ada, tapiiii… serbuk ESP dan serbuk peninggalan SR vit c ni ada lagi. Kira aci la kan buat masker. Campur plain yogurt sikit dalam peti ais tu. Lepas tu, gaul sebati semua sebelum sapu ke seluruh muka.

 

 

Bangun tidur pagi esok baru cuci muka dengan Nutriwhite deep foaming cleanser. Lembuuuuuttttt je rasa kulit ni….ok lah…sekian sahaja entri ringkas kali ni…

 

Untuk menempah dan konsultansi berkaitan produk, anda boleh membeli dan menghubungi saya dengan beberapa cara di bawah ini.

FB : IdAyu Irdina
FB Page : Idayu Irdina
IG : @idayu_irdina
No.HP : +6013-9189500

Beli secara online di sini

Beli secara online di sini

atau beli kombo ESP dan SR Vit C di sini

Continue Reading