Jerawat Hilang Muka Licin Kulit Gebu

Orang sekarang semua nak pantas je kan?? Sampaikan nak cantik pun sepantas kilat juga. Nak cantik kena seiring dengan cerdik, jangan sebab nak cantik cepat muka jadi hodoh dan buah pinggang rosak akibat penggunaan produk yang mengandungi bahan kimia merbahaya. Jika nak jerawat hilang muka licin kulit gebu boleh cuba cara ini, dijamin tidak mengandungi bahan kimia merbahaya dan selamat untuk digunakan serta diamalkan.

 

Continue Reading

Set Kehamilan Shaklee

B complex
=========
Ia mengandungi 8 jenis vitamin B lengkap untuk fungsi tubuh, B1(tiamin), B2(riboflavin), B3(niasin), B5(pantotenat), B6(pyridoxine), B7(biotin), B9(asam folat) dan B12(cobalamins). Antara kelebihan B complex Shaklee adalah:

1- Membantu menukarkan makanan menjadi tenaga, untuk mengurangkan masalah keletihan.

2- Membantu mengatasi masalah rambut beruban dan gugur. Membantu mengekalkan kesihatan rambut.

3- Mengandungi biotin dan asid folik yang penting untuk metabolisme badan dan pembentukan sel darah merah.

4- Membantu mencegah anemia dan menggalakkan perkembangan sel yang sihat.

5- Membantu mengurangkan risiko kecacatan bayi di dalam kandungan.

6- Membantu menenangkan fikiran dan mengelakkan stress.

7- Membantu mengimbangi paras kolesterol dalam badan.

 

Vita Lea
=======
Merupakan multivitamin yang diformulasikan lebih 100 tahun yang lalu. Mengandungi 30 jenis nutrisi, 12 jenis vitamin dan 7 jenis mineral yang membantu mengisi lompong nutrisi yang tidak dapat diisi melalui pemakanan seharian kita. Antara kelebihan Vita Lea yang lain adalah:

1- Kaya dengan iron (zat besi) yang sememangnya amat diperlukan oleh ibu hamil. Ibu hamil yang selalu rasa nak pitam atau anemia memang bagus mengamalkan pengambilan Vita Lea untuk mengelakkan diri daripada pengsan.

2- Membantu memberikan tenaga, kekuatan tubuh dan meningkatkan daya ingatan serta daya fokus.

3- Membantu menyediakan nutrisi asas bagi kesihatan sel, otot, kulit, rambut dan kuku.

4- Membantu melindungi fungsi hati, jantung dan buah pinggang.

5- Membantu menstabilkan sistem metabolisne badan dan melambatkan penuaan.

6- Mengandungi klsium dan fosforus yang membantu kepadatan tulang, mengelakkan osteoporosis.

7- Yodium yang terkandung di dalamnya dapat membantu pertumbuhan janin dalam kandungan dan mengawal berat badan.

 

Vitamin C
=========
Fungsi vitamin C Shaklee sangat diperlukan oleh ibu hamil dan janin dalam kandungan. Ia diperlukan untuk membantu menghasilkan kolagen dan struktur protien.

Para saintis bimbang kekurangan vitamin C boleh mengakibatkan kecacatan mental kepada janin. Antara manfaat Vitamin C yang lain adalah:

1- Sebagai antioksidan yang membantu meneutralkan radikal bebas dan menguatkan sistem imun ibu dan bayi dalam kandungan.

2- Membantu membentuk plasenta yang sihat.

3- Vitamin C membantu penyerapan zat besi dengan lebih baik untuk mengelakkan ibu hamil mengalami anemia.

4- Membantu pertumbuhan baik gigi, gusi dan tulang serta sistem badan yang lain.

5- Vitamin C Shaklee mengadungi teknologi ‘sustained release’ yang bermaksud, vitamin C dilepaskan pada kadar 100mg setiap jam mengikut sukatan yang diperlukan oleh badan kita.

6- Ia diperbuat daripada ekstrak jagung yang ditanam secara organik dan tidak memeritkan perut sensitif.

7- 1 biji vitamin C Shaklee mengandungi khasiat yang menyamai 7 biji oren beserta kulitnya.

 

Energizing Soy Protein (ESP)
==========================
1 tin ESP(850g) memgandungi 30kg kacang soya yang ditanam secara organik dan non .
GMO. Mengandungi 9 jenis asid amino dan mutivitamin serta mineral yang lengkap untuk fungsi tubuh.

Badan kita memerlukan asid amino, namun, badan kita tidak memghasilkanya. Jadi, kita perlu mengambilnya melalui pemakanan kita. Antara lain kelebihan ESP adalah:

1- Dilengkapi dengan unsur kalsium untuk mengelakkan kerapuhan tulang dikalangan ibu hamil.

2- Membantu mencantikkan, menganjal dan kulit nampak lebih berseri.

3- Membantu menghilangkan parut jerawat dan selulit.

4- Membantu membekalkan tenaga dengan segera dan memberikan rasa kenyang lebih lama.

5- Membantu mempercepatkan pemulihan luka selepas bersalin dengan pembentukan sel-sel baru yang lebih cepat.

6- Membantu merendahkan paras kolesterol.

7- Membantu meningkatkan kesihatan jantung.

 

Ostematrix
==========
Ia mengandungi 1000mg kalsium, 4000mg magnesium, 400IU vitamin D, boron, mangan, tembaga dan zink. Setiap satunya mempunyai fungsi tersendiri untuk kesihatan tulang kita.

Selain daripada membantu mengelakkan osteoporis dan pembentukan tulang dam gigi. Ia juga mempunyai manfaat yang lain, antaranya:

1- Membantu mengurangkan stress.

2- Membantu melegakan rasa sakit ketika haid atau diawal kehamilan.

3- Membantu mengelakkan kekejangan otot dikalangan ibu hamil.

4- Membantu mengelakkan tumit kaki pecah.

5- Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

6- Membantu melembutkan najis sekaligus melancarkan proses pembuangan.

7- Membantu mengurangkan risiko praeklempsia.

 

Omega Guard
=============
Omega Guard diperbuat daripada minyak ikan tulen yang mengandungi asid lemak omega-3 yang lebih pekat berbanding produk minyak ikan yang lain. Berbentuk softgel dan mudah untuk ditelan serta kurang berbau hanyir. Antara kebaikan Omega Guard adalah:

1- Mengandungi EPA yang berfungsi untuk membantu menyokong fungsi jantung, sistem imun badan dan tindak balas keradangan.

2- DHA yang terkandung di dalamnya berfungsi untuk membantu menyokong fungsi otak, mata dab sistem saraf pusat.

3- EPA dan DHA sangat penting untuk perkembangan kesihatan dan otak ibu dan bayi dalam kandungan. Ini kerana ia tidak dapat dihasilkan sendiri oleh badan. Ia hanya boleh didapati melalui pemakanan. Omega Guard membantu memberikan nutrisi yng secukup yang diperlukan oleh badan kita.

4- Membantu mengurangkan risiko alergi dikalangan bayi.

5- Membantu mencegah kelahiran pramatang dan memgurangkan risiko pre-eklampsia.

6- Membantu mengurangkan risiko ibu kemurungan selepas bersalin.

7- Membantu meningkatkan tahap penglihatan dan kognitif bayi.

 

 

Untuk menempah dan konsultansi berkaitan produk, anda boleh membeli dan menghubungi saya dengan beberapa cara di bawah ini.

FB : IdAyu Irdina
FB Page : Idayu Irdina
IG : @idayu_irdina
No.HP : +6013-9189500

Beli secara online di sini

Lokasi COD
==========
Jeli – Rantau Panjang – Tanah Merah – Machang – Pasir Mas – Salor – Pasir Pekan – Pasir Hor – Wakaf Bharu – Kubang Kerian – Kota Bharu – Pengkalan Chepa – Ketereh dan kawasan berdekatan.

USM – Batu Uban – Bayan Baru – Bayan Lepas – Queensbay Mall – Bukit Jelutong – Sg. Dua – Sg. Ara – Relau – Teluk Kumbar – Balik Pulau – Jelutong – Georgetown – Perak Road – Burma Road – Tanjong Bungah – Tanjong Tokong – Batu Feringhi dan kawasan berdekatan.

 

 

 

 

Continue Reading

Tutorial make-up simple dan peralatan asas yang diperlukan

Sekarang ramai orang perempuan yang teruja sangat tengok tutorial make-up kat youtube kan??Tak kira lapisan umur, daripada sekolah rendah, remaja sampai lah mak-mak kita kat rumah itu pun suka tengok cara orang make-up kan?? Semua orang teringin untuk nampak cantik dan bergaya sekarang ni kan. Bagi yang baru nak berjinak-jinak calit mekap kat muka ni, tahu ke apa peralatan asas yang perlu ada untuk mekap?? Jom kita tengok tutorial mekap simple dan peralatan asas yang diperlukan.

Sebelum kita mula nak tatarias wajah, kita kena sediakan terlebih dahulu barang-barang asas yang diperlukan. Di sini saya kongsikan juga sedikit tips untuk menggunakan barang-barang asas mekap.

 

Alat keperluan asas untuk solekan

 

1.Concealer
Pilih concealer jenis berkrim yang boleh sorokkan lingkaran gelap bawah mata dan menutup cela di wajah.

 

2. Foundation / bedak asas
Kita tidak perlu mencalit foundation ke seluruh muka, hanya calit di kawasan yang mempunyai warna dan tona yang tidak sekata pada wajah. Sekiranya wajah kita tidak mempunyai masalah, kita boleh menggunakan ‘tinted moisturiser’ sahaja.

 

3. Blusher / pemerah pipi
Pilih warna yang lebih hangat bagi menyerlahkan kecomelan pipi gebu kita itu.

4. Translucant powder
Apa yang best pasal translucant powder ni, ia jenis bedak serbuk yang sangat ringan, mudah disapu menggunakan berus, mudah rata dan kawalan berkilat. Maksudnya, wajah kita nampak cantik dan tidak berkilat apabila memakainya.

 

5. Maskara
Tak lengkap rasanya tatarias bahagian mata tanpa maskara. Pilih warna hitam atau coklat gelap bagi mereka yang tidak memiliki bulu mata yang lebat.

 

6. Neutral eye shadow / pembayang mata warna nuetral
Warna beige atau taupe kebiasaannya disapukan di seluruh kelopak mata sebagai pencerah.

7. Pembayang mata
Bagi mekap yang simple dan neutral, warna coklat abu-abu dan kelabu arang menjadi pilihan. Sapukan di bahagian bawah kelopak mata dan juga di bawah tulang berhampiran mata untuk menampakkan kedalaman. Bagi mereka yang suka nampak sweet, boleh gunakan warna pink lembut.

 

8. Eye liner
Eye liner ni tujuan pemakaian adalah untuk menutup ‘gap’ bulu mata palsu dan jugak untuk menyerlahkan lagi mata kita untuk tampak lebih menarik. Gunakan eye liner warna hitam atau coklat gelap, gariskan nipis sahaja di atas kelopak mata.

 

9. Gincu/lipstick
Gincu bibir boleh dipilih mengikut citarasa anda. Namun, warna gincu yang tengah ‘in’ trend sekarang ni terdiri daripada warna-warna neutral dan lembut. Kita boleh jugak memakai lip gloss jika kita suka nampak bibir berkilat.

Ok, sekarang kita sudah tahu serba sedikit alat solek yang kita perlukan. Bagaimana pula dengan berus?? Berus mekap merupakan peralatan penting bagi memastikan solekan kita kelihatan cantik dan kemas.

 

Berus mekap

 

1. Fluffy powder brush
Berus ini bersaiz besar, bulat dan lembut bulunya. Digunakan untuk menyapu bedak serbuk pada seluruh muka di akhir mekap.

2. Blush brush
Bersaiz lebih kecil dan sesuai untuk menyapu dan mengadun pemerah pipi di sekitar pipi dan tulangnya.

3. Eye shadow brush
Satu berus yang cukup untuk menyapu pembayang mata dengan satu sapuan.

4. Crease brush
Bersaiz kecil dan bulat, digunakan di bawah lipatan untuk menambah kesan lebih gelap dan dramatik.

5. Eye liner brush
Kecil, tirus sedikit dan rata, digunakan untuk membuat garisan pada mata atau untuk menyapu sedikit serbuk kening bagi mereka yang memiliki kening nipis.

6. Tweezer
Digunakan untuk mencabut helaian bulu kening yang tumbuh berselerak dan nampak tidak kemas. Namun, perbuatan ini haram dilakukan bagi wanita muslim. Ianya bertentangan dengan tuntutan syariat Islam.

 

Yeayyy!!!!Dah tahu dah apa yang nak dibeli lepas ni. Jom kita cuci mata tengok tutorial mekap yang simple tapi tetap nampak cantik dan manis apabila dipandang.

 

 

Bagi seorang perempuan yang suka bermekap, kita juga harus tahu mencuci mekap dengan sebersihnya bagi mengelakkan wajah kita bermasalah. Apabila kita tidak mencuci mekap dengan bersih, ia akan menyebabkan liang pori tersumbat yang boleh menyebabkan jerawat tumbuh.

 

Oleh itu, untuk menjaga kejelitaan semulajadi wajah kita. Kita harus mengamalkan vitamin C dan E. Barulah mekap kita nampak cantik dan tidak terlalu tebal, sebab kulit wajah kita sudah semulajadi cantik.

 

Vitamin C
=========
Membantu menganjalkan kulit, antioksidan, meningkatkan sistem imun badan, mengecutkan jerawat, mencerahkan kulit.

 

Vitamin E
=========
Membantu mengekalkan kecantikan kulit, melembabkan kulit dan memudarkan parut jerawat

 

Untuk menempah dan konsultansi berkaitan produk, anda boleh membeli dan menghubungi saya dengan beberapa cara di bawah ini.

FB : IdAyu Irdina
FB Page : Idayu Irdina
IG : @idayu_irdina
No.HP : +6013-9189500

 

Beli secara online di sini

 

Lokasi COD
==========
Jeli – Rantau Panjang – Tanah Merah – Machang – Pasir Mas – Salor – Pasir Pekan – Pasir Hor – Wakaf Bharu – Kubang Kerian – Kota Bharu – Pengkalan Chepa – Ketereh dan kawasan berdekatan.

USM – Batu Uban – Bayan Baru – Bayan Lepas – Queensbay Mall – Bukit Jelutong – Sg. Dua – Sg. Ara – Relau – Teluk Kumbar – Balik Pulau – Jelutong – Georgetown – Perak Road – Burma Road – Tanjong Bungah – Tanjong Tokong – Batu Feringhi dan kawasan berdekatan.

Continue Reading