Cara buat skrub muka dan masker di rumah

Malasnya la hai nak ke spa buat facial. Mahal harga mereka setandinglah dengan kualiti servisnya kan. Kebetulan kat rumah ni ada tomato, gula putih dan ais kiub. Ok la ni daripada tak ada kan. Jom lah kita sental muka jap.

 

 

Memula, kita wap kan dahulu muka kita ni bertujuan untuk membuka pori-pori muka. Kalau tak nak wapkan pun tak mengapa. Selepas itu, kita belah dua tomato dan cicah ke dalam gula putih, gosok lah ke muka secara membulat. Selepas itu, kita cuci muka dengan air yang mengandungi ais untuk tutup balik liang pori yang telah terbuka tadi.

 

 

Apa kebaikan skrub dengan tomato dan gula???

1- Skrub tomato dan gula ni dapat membantu menanggalkan sel-sel kulit mati di muka kita yang membuatkan muka nampak kusam dan tak cantik.

2- Skrub ini membantu kulit muka rasa rileks dan sejuk. Bagus untuk tegangkan kembali kulit muka kita.

3- Kandungan lycopene yang kaya di dalam tomato membantu memperbaiki kulit, melindungi kulit daripada pancaran matahari dan mencerahkan kulit.

 

Aishhh…tetiba rasa gatal tangan pulak la nak pakai masker. Barang lain tak ada, tapiiii… serbuk ESP dan serbuk peninggalan SR vit c ni ada lagi. Kira aci la kan buat masker. Campur plain yogurt sikit dalam peti ais tu. Lepas tu, gaul sebati semua sebelum sapu ke seluruh muka.

 

 

Bangun tidur pagi esok baru cuci muka dengan Nutriwhite deep foaming cleanser. Lembuuuuuttttt je rasa kulit ni….ok lah…sekian sahaja entri ringkas kali ni…

 

Untuk menempah dan konsultansi berkaitan produk, anda boleh membeli dan menghubungi saya dengan beberapa cara di bawah ini.

FB : IdAyu Irdina
FB Page : Idayu Irdina
IG : @idayu_irdina
No.HP : +6013-9189500

Beli secara online di sini

Beli secara online di sini

atau beli kombo ESP dan SR Vit C di sini

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.